Translate
31 December 2024
2025: Antara perkara baharu berkuat kuasa esok
2025: Antara perkara baharu berkuat kuasa esok
Bernama
31/12/2024
Pastikan anda ketahui apa yang akan berlaku dalam tempoh kurang 24 jam, berkuat kuasa 1 Jan 2025, bagi mengelakkan anda terlepas maklumat penting. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh kurang 24 jam, bukan sahaja kalendar yang akan berubah, tetapi Malaysia juga akan menyaksikan pelaksanaan beberapa perkembangan penting yang memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada kehidupan peribadi dan negara.
Selain perubahan dalam geopolitik, ekonomi, sosial, dan hubungan antarabangsa, beberapa dasar dan peraturan baharu akan berkuat kuasa pada 1 Jan 2025. Pastikan anda ketahui apa yang akan berlaku bagi mengelakkan anda terlepas maklumat penting.
Antaranya, esok Malaysia secara rasmi akan mengambil alih jawatan selaku Pengerusi ASEAN, setelah Laos menyerahkan tanggungjawab berkenaan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane pada 11 Okt lepas.
Di bawah tema "Keterangkuman dan Kemampanan", Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada lebih 300 mesyuarat dan sidang kemuncak ASEAN sepanjang tahun, antaranya Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN di Johor (Februari), Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Persidangan Pasca Menteri (AMM/PMC) di Kuala Lumpur (Julai), serta Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober.
Malaysia pernah menjadi Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Selain itu, beberapa undang-undang baharu akan berkuat kuasa esok termasuk penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Penyedia (CASP) yang mewajibkan platform media sosial mendaftar lesen dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Keperluan ini, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian, melindungi pengguna khususnya kanak-kanak dan golongan rentan serta memperkukuh kawal selia terhadap penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.
Bermula esok juga, premis dobi dan bangunan tempat kerja tersenarai dalam kawasan larangan merokok susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Okt lepas.
Hal ini menjadikan sebanyak 28 kawasan diwartakan sebagai tempat larangan merokok termasuk hospital, klinik, lif atau tandas awam, tempat makan, kedai berpenyaman udara, lapangan terbang, premis kerajaan, institusi pendidikan, kawasan taman asuhan kanak-kanak, kompleks beli-belah, stesen minyak, perpustakaan, stadium dan banyak lagi.
Individu yang didapati bersalah merokok atau menggunakan produk merokok di kawasan larangan itu akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM5,000.
Selain itu, penjaja dan peniaga berlesen wajib membuat caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bermula esok bagi menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
Langkah mandatori itu dilaksanakan menerusi Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Kadar Caruman Bagi Penjaja Atau Peniaga) 2024 yang diwartakan pada 30 Ogos melalui PU (A) 229 dan berkuat kuasa pada 1 Sept lepas.
Dari segi pengangkutan, kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400, dijangka memanfaatkan kira-kira 60,000 mahasiswa yang menggunakan penerbangan bagi laluan domestik. Mahasiswa boleh membuat semakan bermula esok melalui https://subsidiudara.mot.gov.my/.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pula akan melaksanakan bayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi pembelian tiket di sektor Lembah Klang, Utara dan Selatan serta Pantai Timur, untuk menyokong inisiatif ekonomi digital negara.
Bermula esok, semua taman asuhan kanak-kanak (taska) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diwajibkan untuk memaparkan plak nombor pendaftaran di premis masing-masing bagi memberi keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska terbabit.
Kriteria baharu pengecualian audit penyata kewangan untuk syarikat persendirian juga akan berkuat kuasa esok, selaras dengan komitmen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi meningkatkan kualiti pengauditan dan mengurangkan beban pematuhan yang dihadapi oleh syarikat persendirian.
Selain itu, bermula 1 Jan 2025 Johor akan kembali melaksanakan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad susulan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pada 7 Okt lepas, dengan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Hal ini menjadikan negeri lain yang melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu ketika ini ialah Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sabah pula bakal menyaksikan bekas Ketua Menteri negeri itu Tun Musa Aman memulakan tugas sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11, menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang tamat tempoh perkhidmatannya pada hari ini selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011.
Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan kepada Musa, 73, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga pada 17 Dis lepas, selain turut dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
Keadaan pesawat ringan milik Jazirah Aviation Club yang terhempas ke dalam laut di luar pantai Ras Al Khaimah. - Foto X/@imurpartha Dua ma...
-
Court dismisses Trump's appeal, upholds sexual assault case verdict Agencies 31/12/2024 The US Federal Court of Appeals on Monday upheld...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
High Court frees Rosmah of 17 money laundering and tax evasion charges Bernama 19/12/2024 Judge grants an order of acquittal after allowing ...
Blog Archive
-
▼
2024
(5853)
-
▼
Dec 2024
(1259)
- Swiss cabin crew member dies after smoke problems ...
- Gelandangan berusia 39 tahun didakwa bunuh rakan
- Tiga Kakitangan Hadir Beri Keterangan Kepada JPJ
- Terima ugutan bunuh, Baby Shima lapor polis | 15 M...
- Dua rakan didakwa rompak pelancong asing
- Warden cabul pelajar pondok dipenjara 20 tahun, 13...
- Pegawai awam dilarang beri kenyataan burukkan kera...
- Akta 861 berkuat kuasa esok, ke arah peralihan ten...
- Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan dilulus...
- Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak pere...
- Kematian tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa ...
- Fahmi Reza direman - Peguam
- KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tang...
- Papagomo diperintah padam kenyataan fitnah terhada...
- Mayat Reput Mungkin Jasad Remaja 15 Tahun
- Mahkamah Venezuela denda TikTok $10 juta
- Peluang terakhir pelajar dapatkan baucar Buku MADA...
- Sunway Group lantik bekas CEO Sapura sebagai Timba...
- ANITA SARAWAK TOLAK Undangan KONSERT DIMALAYSIA
- Ringgit dibuka tinggi walaupun permintaan terhadap...
- 174 mayat mangsa nahas pesawat Jeju Air telah dike...
- Bursa Malaysia alami prestasi rendah ketika awal d...
- Pengurus Kedai Berputih Mata Rugi Lebih RM60,000
- Pengambilalihan MASwings Suku Pertama 2025
- Polis Buru Tiga Lelaki Curi Kabel Di Ipoh
- JIM Serbu Kawasan Sekitar Bukit Bintang
- Vivy Yusof, suami dapat pasport sementara tunai umrah
- Rob friend dilantik CEO FAM
- Langgar Bateri Lori Punca Kereta Terbakar
- Dua Maut Nahas Kereta Bertembung Treler
- Dua Geng Curi Motosikal Tumpas
- Ragut Untuk Bayar Hutang
- Penutup 2024, Afgan buktikan kehebatan di konsert ...
- Man United end miserable month with 2-0 home loss ...
- South Korea court issues arrest warrant for Presid...
- 2025: Antara perkara baharu berkuat kuasa esok
- Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan, Joho...
- Pengguna ‘telefon lama’ tidak boleh akses WhatsApp...
- Court dismisses Trump's appeal, upholds sexual ass...
- Presiden Indonesia arah tindakan terhadap amalan p...
- Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan
- Germany accuses Elon Musk of trying to influence i...
- MFPC gesa pemegang polisi kekalkan perlindungan da...
- Bayi 19 hari maut, kakak koma, kereta dipandu ibu ...
- DUA MOTOSIKAL PENGIRING PDRM BERG3S3L DENGAN KERET...
- Gema Syukur 2025 bawakan pengisian menarik sempena...
- Extra Time Winner Allows Thailand To Edge Philippi...
- South Korea investigators request arrest warrant f...
- Ipswich Town 2 - 0 Chelsea | 2024/25 Premier Leagu...
- Manchester United 0 - 2 Newcastle United | 2024/25...
- Polis sahkan seorang OKT meninggal di lokap balai ...
- Orang Kuat BERSATU Sabah Letak Jawatan
- Datuk Seri, anak, menantu, 2 pekerja dituduh ceder...
- Polis semak semula kes ragut libatkan warga emas d...
- Suri rumah didakwa bantu sembunyi wang RM170,000
- Bomba selamatkan dua warga Singapura sesat di Gunu...
- Iswardy Morni didapati bersalah hina Agong
- Kontraktor rugi lebih RM100,000 angkara sindiket p...
- Nahas Jeju Air: Juruterbang lapor pelanggaran buru...
- Pesawat Jeju Air terlibat nahas kendali 13 penerba...
- Johor kembali dilanda banjir, Kelantan dan Terengg...
- Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual ...
- Suri rumah dikenakan denda RM2,000 tawar khidmat s...
- Produk Kosmetik Seludup Di Jeti Haram #MGFlash
- JKDM rampas tembakau sedut, rokok, kretek bernilai...
- Lelaki kudung tangan kanan dituduh rompak 160 bung...
- 'Jamah lauk babi kerana tiada duit'
- Sanggup Cederakan Mata Untuk Dapat Insurans #MGFlash
- Tiada undang-undang wajibkan permohonan sijil Hala...
- Wanita tular bakar motosikal sebak mengaku salah
- Prabowo arah kos haji 2025 lebih murah
- Seorang maut, tujuh cedera dalam kemalangan babitk...
- Pengarah syarikat produk berasaskan durian didakwa...
- Lagi pesawat Jeju Air alami masalah gear pendaratan
- JAWI sedia khidmat pengurusan jenazah percuma buat...
- Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tah...
- Xi Jinping zahir ucapan takziah susulan nahas pene...
- Lapangan terbang Norway kembali beroperasi selepas...
- JPJ laksana Op Mengejut Puspakom di seluruh negara...
- Pasaran lengang berikutan cuti dorong ringgit dibu...
- Gelombang Ketiga Banjir Di Kelantan Dan Terengganu
- BANJIR DI TAMAN SERI ALAM, PUNCAK ALAM, 200 Rumah ...
- Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini, T...
- Dua maut pesawat ringan terhempas di UAE
- US 39th President Jimmy Carter dies at 100
- Leicester City 0 - 2 Manchester City | 2024/25 Pre...
- Tottenham Hotspur 2 - 2 Wolverhampton Wanderers | ...
- West Ham United 0 - 5 Liverpool | 2024/25 Premier ...
- Hanya Ingin Membantu, Tidak Sangka Video Tular - B...
- Air Canada Flight, With Passengers Inside, Catches...
- South Korea airport design was 'unbelievably awful...
- Pemandu mabuk langgar pintu kaca bank
- Mudahnya bergelar 'Doktor' cap ayam di Malaysia
- Polis tahan suspek pukul lelaki di kedai makan
- Squid Game: Pengarah 'umpan' penonton, musim ketig...
- USS Carl Vinson berlabuh di Pelabuhan Klang
- Terengganu kembali dilanda banjir, dua PPS dibuka
- Warga emas mengaku tidak bersalah terhadap pertudu...
- Program Pemimpin Masa Depan JSJ uji ketahanan ment...
- Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway
-
▼
Dec 2024
(1259)