Translate

29 December 2024

Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway



Pesawat KLM lakukan pendaratan cemas di Norway

Bernama

29/12/2024


Penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Norway. Semua penumpang dan kru dilaporkan selamat. -Gambar fail/Facebook KLM Royal Dutch Airlines


THE HAGUE: Penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Norway pada malam Sabtu, dengan semua penumpang dan kru dilaporkan selamat, menurut syarikat penerbangan Belanda pada Ahad, lapor Xinhua.

Penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Norway. Semua penumpang dan kru dilaporkan selamat.

Juruterbang melencongkan pesawat ke Lapangan Terbang Torp Sandefjord selepas bunyi "dentuman kuat" kedengaran di dalam kabin.

Pesawat tergelincir dari landasan pada kelajuan rendah sebelum berhenti di kawasan berumput.

Polis Norway mengesahkan pesawat membawa 176 penumpang dan enam kru.

Jurucakap KLM memaklumkan kepada media tempatan bahawa bunyi "dentuman kuat" kedengaran di dalam kabin sejurus selepas pesawat berlepas.

Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang melencongkan pesawat ke Lapangan Terbang Torp Sandefjord, kira-kira 150 kilometer di selatan Oslo.

Pesawat mendarat dengan selamat namun tergelincir dari landasan pada kelajuan rendah sebelum berhenti di kawasan berumput di tepi landasan.

Polis Norway mengesahkan bahawa pesawat itu membawa 176 penumpang dan enam kru, semuanya berjaya dipindahkan dengan selamat.

Menurut jurucakap KLM, semua penumpang telah diberikan kemudahan yang sesuai di lapangan terbang tempatan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED