Translate

30 December 2024

Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tahun, satu sebatan



Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tahun, satu sebatan

Bernama

30/12/2024


Azman Syah Alias (tengah) dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun. -Gambar fail/Bernama


SHAH ALAM: Bekas pendakwah selebriti Azman Syah Alias dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap satu lagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja lelaki 17 tahun, tujuh tahun lepas.

Bekas pendakwah selebriti Azman Syah Alias dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun.

Azman Syah dikehendaki menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan akan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara.

Mahkamah memutuskan pertuduhan kedua sebagai 'Take Into Consideration' (TIC) mengikut 171A Kanun Tatacara Jenayah, selepas Jabatan Peguam Negara menerima representasi daripada pihak pembelaan.

Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman Syah, 43, atau lebih dikenali sebagai PU Azman itu menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.

Azman Syah juga dikehendaki menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara.

Pada prosiding sama, mahkamah turut memutuskan pertuduhan kedua yang dihadapi pelakon drama '7 Hari Mencintaiku Musim Ketiga' itu sebagai 'Take Into Consideration' (TIC) mengikut 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi pada awal bulan ini, yang dikemukakan pihak pembelaan mewakili Azman Syah pada Oktober lepas.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 15 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 22 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 3 hrs ago
A visitor from Oslo viewed 'Pelabur asing jual ekuiti dalam pasaran Asia berju' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terh' 3 hrs 24 mins ago