Translate

31 December 2024

Polis sahkan seorang OKT meninggal di lokap balai polis



Polis sahkan seorang OKT meninggal di lokap balai polis

Bernama

31/12/2024


Mohd Yusoff berkata, pada 7 pagi semalam, anggota yang bertugas di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa mendapati lelaki berkenaan telah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pada 7.40 pagi. - Gambar fail/BERNAMA


KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan seorang lelaki iaitu orang kena tahan (OKT) di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, meninggal dunia pada 7.40 pagi semalam, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

"Lelaki ini telah ditangkap pada 12.30 tengah hari, 26 Dis dan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Pada 9.14 pagi, 27 Dis, OKT tersebut dibawa ke Mahkamah Kota Bharu bagi permohonan reman dan dibenarkan reman selama empat hari bermula 27 Dis hingga hari ini," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, pada 7 pagi semalam, anggota yang bertugas di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa mendapati lelaki berkenaan telah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pada 7.40 pagi.

Mohd Yusoff berkata, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Siasatan lanjut masih diteruskan sehingga menerima laporan bedah siasat. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini sementara siasatan masih dijalankan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 24 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 28 mins ago
A visitor from Chennai viewed 'BEST FBKL' 1 hr 1 min ago
A visitor from Bekasi viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 5 hrs 18 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 6 hrs 46 mins ago