Translate

23 December 2024

Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'



Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'

Bernama

23/12/2024


Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya. - Foto hiasan


KUALA TERENGGANU: Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 8 Sept lepas, wanita berusia 41 tahun itu telah dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai petugas syarikat insurans dan mendakwanya mempunyai tiga tuntutan insurans.

Azli berkata panggilan tersebut kemudiannya disambungkan kepada beberapa suspek lain yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya yang menyatakan mangsa terlibat dalam penggubahan wang haram.

"Mangsa menafikan ada membuat tiga tuntutan insurans dan penggubahan wang haram seperti yang dikatakan.

"Untuk mengelak didakwa, mangsa diarahkan supaya membuka akaun bank bagi tujuan siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi berkata mangsa yang berasal dari Bukit Payong, Marang telah membuat enam transaksi berjumlah RM115,950 dalam tempoh 19 Sept hingga 30 Nov ke tiga akaun berbeza.

Bagaimanapun mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu petang semalam.

Beliau berkata sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan dan kad kredit.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED