Translate

24 December 2024

Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Ayer Keroh



Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Ayer Keroh

Shuhada Abdul Kadir

24/12/2024


Keadaan kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan sebelum Hentian Rehat dan Rawat Ayer Keroh arah utara di Melaka semalam. --fotoBERNAMA


ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengesahkan tujuh individu maut manakala 33 cedera dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8.40 itu melibatkan sebuah bas persiaran dengan 27 penumpang, sebuah treler sebuah dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima.

Pengarah JBPM Melaka Mohd Pisar Aziz berkata, mangsa yang terbunuh dalam nahas berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh itu membabitkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.

Katanya, bayi berkenaan merupakan antara lima penumpang MPV yang maut dalam kejadian itu, manakala dua lagi mangsa masing-masing pemandu dan penumpang bas persiaran.

“Mangsa terlibat adalah seramai 40 orang, tujuh daripadanya meninggal dunia dan 33 telah dihantar ke Hospital Melaka, Hospital Alor Gajah dan Hospital Pantai Ayer Keroh akibat cedera dalam kemalangan ini.

“Setakat ini, kita mengambil masa lebih kurang empat jam dan operasi ini semua sudah terkawal. Proses mengalihkan bas, treler, MPV serta muatan pakaian terpakai yang tercampak daripada treler itu sedang dilakukan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian tengah malam tadi.

Mengulas lanjut, Mohd Pisar berkata, semua mangsa yang maut dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan setakat ini pihaknya percaya tiada kenderaan lain terlibat dalam nahas ngeri berkenaan.

Tinjauan Astro AWANI di lokasi kejadian mendapati MPV yang dinaiki lapan individu itu remuk sepenuhnya akibat terhimpit antara bas persiaran dan treler berkenaan.

Laluan dari arah Plaza Tol Ayer Keroh menghala ke utara ditutup sepenuhnya dan dilencongkan manakala kesesakan lebih empat jam dari arah utara ke selatan susulan lorong tengah dan kanan ditutup.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED