Translate

25 December 2024

Jangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berlebihan - Suruhanjaya Tenaga



Jangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berlebihan - Suruhanjaya Tenaga

Bernama

24/12/2024


Kesedaran yang cukup mengenai pengendalian perkakasan dan soket elektrik dapat menghindarkan insiden yang tidak diingini. - Gambar hiasan/Adobe Stock


PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi serta elak menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang dicas.

Itu antara tip keselamatan penggunaan elektrik dan gas di musim perayaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini sempena sambutan hari Natal.

"Orang ramai dinasihatkan memastikan suis dan kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan sekiranya anda pulang ke kampung atau bercuti," menurut ST dalam satu kenyataan hari ini.

Suruhanjaya itu memaklumkan orang ramai juga perlu menggunakan perkakas dapur gas yang mempunyai label keselamatan ST-SIRIM.

"Jangan membawa peralatan atau kelengkapan yang boleh mencetuskan penyalaan atau "spark" berhampiran kawasan dapur memasak," katanya.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED