Translate
25 November 2024
Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mulai Januari 2025
Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mulai Januari 2025
Bernama
25/11/2024
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bulan November 2024 di sini hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bermula Januari 2025, iaitu satu daripada inisiatif mentransformasi penyampaian perkhidmatan ke arah pendigitalan dan mempercepat urusan kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Pelaksanaan eSP: Jabatan Imigresen Malaysia akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) mulai Januari 2025 untuk mempercepat dan mendigitalisasi urusan imigresen.
Pengurangan Kesesakan: eSP akan mengurangkan kesesakan di kaunter imigresen dengan membolehkan permohonan pas khas dilakukan secara dalam talian, menggantikan proses manual yang memerlukan kehadiran fizikal.
Keselamatan dan Ketelusan: Walaupun permohonan dilakukan secara dalam talian, aspek keselamatan dan ketelusan tetap diutamakan. Pemohon perlu memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan serta memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
Pas khas merupakan satu dokumen yang dikeluarkan kepada warga asing bertujuan untuk memberi hak kepada pemegang untuk masuk dan tinggal di Malaysia tidak melebihi tiga puluh hari berdasarkan kepada peraturan 14, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Menurut Saifuddin Nasution, ketika ini urusan permohonan dan pengeluaran pas khas dilaksanakan secara manual iaitu pemohon perlu hadir ke kaunter dan mengemukakan dokumen secara fizikal.
"Secara purata, 50 peratus daripada jumlah urus niaga di kaunter Pas Lawatan Sosial dan Ikhtisas di Bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen adalah berkaitan permohonan pas khas dan hal ini mengakibatkan kesesakan.
"Pelaksanaan eSP ini akan membantu mengurangkan kesesakan pelanggan yang hadir berurusan di kaunter serta menerapkan budaya kerja baharu secara silent office," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Untuk rekod, pada 2023, sebanyak 139,344 pas khas telah dikeluarkan manakala setakat Oktober tahun ini, sebanyak 119,019 pas khas telah dikeluarkan kepada warga asing.
Beliau berkata mana-mana warga asing yang sedang menunggu keputusan untuk permohonan baharu atau lanjutan dan pertukaran pas lawatan sosial jangka panjang, pas lawatan ikhtisas atau yang mengalami masalah seperti dimasukkan ke hospital, kemalangan jalan raya, bencana alam, berada di dalam situasi yang di luar kawalan pemohon serta sebab lain yang difikirkan wajar dan munasabah boleh memohon kemudahan eSP.
"Secara asasnya, eSP adalah suatu kemudahan kepada pemohon dalam menguruskan hal berkaitan imigresen, terutamanya dalam situasi kecemasan atau yang memerlukan pertimbangan khas," katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan KDN tidak berkompromi dari aspek keselamatan iaitu walaupun proses permohonan dilakukan secara dalam talian, aspek keselamatan dan ketelusan tidak akan diabaikan.
Pemohon perlu memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan mengikut dasar semasa yang berkuatkuasa dan dikehendaki memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
Setiap permohonan akan disemak dengan teliti oleh pegawai untuk memastikan hanya warga asing yang benar-benar layak akan diberikan kemudahan eSP.
Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan atau tidak diluluskan, akan diarahkan untuk hadir ke pejabat Imigresen terdekat bagi pemeriksaan lanjut dan penjelasan berhubung status permohonan mereka.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
DHL cargo plane crashes in residential area 25/11/2024 Initial reports indicated that there were four people on board the ill-fated plane ...
-
Malaysia to become leading hub for green investments, drive sustainable growth Astro Awani 20/11/2024 Minister of Housing and Local Governme...
-
Malaysian man to be publicly caned at mosque for Islamic crime of close proximity Reuters 21/11/2024 A sharia court judge in the northeaster...
Popular Posts - Last 30 days
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
-
TikTok gives assurance to cooperate with MCMC, BNM to address cyberbullying, scams Bernama 14/11/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim meeting w...
-
The King of Spain was mocked, pelted with mud and eggs by flood victims Agency 04/11/2024 07:15 MYT King Felipe VI (with an umbrella) is pr...
Blog Archive
-
▼
2024
(4476)
-
▼
Nov 2024
(707)
- Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea...
- Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan ...
- Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket...
- Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelabura...
- Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman ...
- Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2....
- Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpul...
- Kes curi RM200,000: Pengawal keselamatan dihukum p...
- Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
- APM Tangkap Ular Sawa Dalam Siling Rumah
- Transport Ministry to study proposal for senior ci...
- Govt won't allow non-citizen vehicles to enjoy RON...
- Judge tosses Trump 2020 election case after prosec...
- Abolition of examination in schools to reduce pres...
- Man charged with mother's murder, storing body in ...
- Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal...
- RM228.2 Juta Nilai Dadah Dirampas Telah Dilupus Se...
- Veteran Umno mahu Anwar pecat Tiong, dakwa dia ant...
- Mekanik didakwa memandu mabuk sebabkan kematian su...
- 'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
- Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti ...
- Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di W...
- Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
- MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengeru...
- Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend ...
- Mangsa banjir meningkat di lima negeri
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa ...
- Transport Ministry to study proposal for senior ci...
- Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak...
- Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuh...
- 174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pel...
- Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hamp...
- Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih ...
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik ber...
- Penumpang warga asing kecoh di KLIA, meninggal dunia
- Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterang...
- Kes IPIC: Pihak pendakwaan tiada kawalan proses tu...
- Govt does not use private company funds for offici...
- 12 probe papers opened on GISB, 7 brought to court...
- Johor negeri terbaharu fatwakan GISB sesat, menyel...
- Yoav Gallanat akan ke AS, bertemu kepimpinan terti...
- Tumbuk bahu di DUN: Adun GRS maafkan Adun Warisan ...
- Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Ne...
- Amaran ribut petir di 9 negeri, Putrajaya dan Labuan
- Lelaki Dera Kucing Ditahan
- Dewan Rakyat kecoh, Mas Ermieyati kata kenyataan m...
- Bakal pengantin maut kemalangan bersama ibu, ayah
- KERETA TERBAKAR | Lelaki Terselamat, Cedera Di Muk...
- Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
- 4 kereta mewah dan barang rumah Dato Seri Vida ken...
- Bekalan makanan dibenar masuk hanya penuhi 6 perat...
- Guru agama dituduh rogol, amang seksual pelajar OKU
- Russian plane catches fire after landing in Turkiye
- KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam ...
- Tiga pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah kes ...
- Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mu...
- DHL cargo plane crashes in residential area
- Jenazah Tan Sri Ahmad Nawab selamat dikebumikan
- Max Verstappen wraps up fourth straight driver's c...
- Bursa Malaysia boosted by RM250.6 mil investments ...
- Court orders return of 172 'Pride Collection' watc...
- Submission of RPGT form must be made via e-CKHT on...
- Carrier ahoy! Abe Lincoln comes a-calling
- awie sebak tengok keadaan ebby yus
- Pertemuan wanita terpendek, tertinggi di dunia
- Ada usaha tarik BN keluar Kerajaan Perpaduan - Zahid
- Airlines in Asean to have stopover rights in all m...
- Govt saved RM900,000 by using chartered jet for PM...
- Southampton 2-3 Liverpool | 2024/25 Premier League...
- Tiong slams DBKL’s enforcement against Chinese-lan...
- EPL: Seri dengan Ipswich Town, Amorim berang Man U...
- Duta Malaysia dirai naik tuk-tuk sempena berakhirn...
- Team Malaysia Junior and Senior Teams shine at ICU...
- PM tiba di Seoul untuk lawatan rasmi tiga hari ke ...
- 'UMDAP' tak wujud, hanya BN-PH - Ahmad Zahid
- Lelaki ditahan rompak wanita bersenjatakan gunting...
- SKANDAL VISA PERUBATAN | Mungkin Ada Lagi Pegawai ...
- Perluas Inisiatif Bantu Artis Veteran Dengan Rakan...
- Lawatan rasmi: PM Anwar adakan lawatan ke Korea Se...
- SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YDP AGONG SUL...
- AL-FATIHAH | Seniman Negara Ahmad Nawab Meninggal ...
- Feisal Eusoff Patail dipecat oleh Sultan Brunei
- MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan seba...
- Ratusan mat rempit buat 'senaman malam' tolak moto...
- Penerbangan MH79 dilencongkan ke Ho Chin Minh City...
- Polis buru lelaki curi jam tangan Rolex di Subang ...
- Polis Buru Tiga Lelaki Umpil Kereta
- Jurulatih dari Jepun, Katsuhito Kinoshi dilantik k...
- Penunggang motosikal terbunuh dilanggar lori yang ...
- DETIK2 PEMANCING MALAYSIA SELAMATKAN 4 NELAYAN IND...
- Manchester City 0 - 4 Tottenham Hotspur | 2024/25 ...
- 2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua...
- KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hi...
- TPM Fadillah jalan kaki bersama hampir 3,000 peserta
- Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Br...
- Lee Hsien Loong lepaskan jawatan Setiausaha Agung ...
- Trump plans to fire attorney investigating Capitol...
- Trump pilih Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbe...
- Polis terima laporan kes kucing diseret
- Siasatan Kes Simbah Asid Faisal Halim Tidak Pernah...
-
▼
Nov 2024
(707)