Translate

22 October 2024

Penggabungan tiga bank utama masih dalam proses - PM Anwar



Penggabungan tiga bank utama masih dalam proses - PM Anwar

Bernama

22/10/2024


ANWAR: Walaupun terlalu awal untuk saya berikan komen tetapi syarat PMKS, syarat pinjaman bumiputera, itu tetap dijadikan satu ukuran dan dasar daripada penggabungan ini. --fotoBERNAMA


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan penggabungan Bank Pembangunan Malaysia Bhd, Exim Bank dan SME Bank masih dalam proses dan tumpuan terhadap perusahaan kecil dan sederhana tidak akan diketepikan.

"Itu antara syarat-syarat yang ditekankan oleh Bank Negara yang memantau soal penggabungan, walaupun terlalu awal untuk saya berikan komen tetapi syarat PMKS, syarat pinjaman bumiputera, itu tetap dijadikan satu ukuran dan dasar daripada penggabungan ini," katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai penggabungan tiga bank tersebut.

Semasa pembentangan Belanjawan 2024, Anwar mengumumkan institusi kewangan pembangunan akan distruktur semula melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank dan Exim Bank.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED