Translate

10 October 2024

Bekas wartawan direman kes rasuah ‘jual’ gelaran Datuk Seri di Melaka



Bekas wartawan direman kes rasuah ‘jual’ gelaran Datuk Seri di Melaka

Astro Awani

10/10/2024


Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 42 tahun itu, dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri. - Gambar/ Astro AWANI


AYER KEROH: Seorang bekas wartawan direman lima hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah RM48,000 daripada seorang ahli perniagaan kononnya bagi mendapatkan Darjah Kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri tahun lalu.

Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 42 tahun itu, dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri.

Terdahulu suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menaiki kenderaan khas SPRM.

Sumber memberitahu, wanita itu ditahan pukul 3.45 petang semalam selepas diminta hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

"Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang ahli peniagaan sebagai balasan (kononnya) bagi mendapatkan pengurniaan gelaran Datuk Seri sempena Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran negeri pada tahun lepas.

"Siasatan awal mendapati wang rasuah yang diterima suspek dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan berlaku puluhan transaksi kemasukan wang dari tahun 2022 hingga 2023," katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) SPRM 2009 dan sabut kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED