Translate

01 August 2024

LHDN lancar MyInvois untuk kukuhkan sistem percukaian negara



LHDN lancar MyInvois untuk kukuhkan sistem percukaian negara

Bernama

31/07/2024
LHDN berkata e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan 5,000 syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta bermula 1 Ogos 2024. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini melancarkan MyInvois melalui pelaksanaan e-Invois untuk memperkukuhkan sistem percukaian negara, meningkatkan ketelusan, dan membuat penilaian risiko pematuhan lebih tepat.

MyInvois akan dilaksanakan mulai esok (1 Ogos).

LHDN dalam satu kenyataan berkata e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan 5,000 syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta bermula 1 Ogos 2024.







"Fasa kedua akan bermula pada 1 Januari 2025, melibatkan syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan antara RM25 juta hingga RM100 juta dan seterusnya melibatkan semua pembayar cukai mulai 1 Julai 2025," kata LHDN.

Untuk memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar dan efektif, LHDN telah menyediakan dua mekanisme penghantaran e-Invois melalui Portal MyInvois dan Application Programming Interface (API) untuk kemudahan pengguna.

Persekitaran pengujian dan produksi bagi API telah disediakan sejak April 2024 manakala Portal MyInvois pula telah mula digunakan pada Jun 2024.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM150,000 dikecualikan daripada pelaksanaan e-Invois.

Bagaimanapun, beliau berkata PMKS digalakkan untuk melaksanakan e-Invois secara sukarela.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Abu Tariq Jamalauddin berkata pelancaran sistem MyInvois ini merupakan titik permulaan reformasi percukaian di Malaysia dan memacu negara ke arah inovasi digital yang lebih mampan.

"Demi memastikan agenda nasional kerajaan ini direalisasikan, LHDN optimis dan komited dalam memastikan persiapan pelaksanaan e-Invois bagi fasa kedua dan fasa ketiga melibatkan jaringan pembayar cukai lebih besar berlangsung dengan sebaik mungkin sekali gus menjadikan platform e-Invois sebagai pemacu utama sistem percukaian negara," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 48 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TERJATUH DI GUNUNG RINJANI MAYAT PENDAKI MASIH DI ' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 37 mins ago