Translate

26 May 2024

13 GRO warga asing ditahan disyaki salah guna dokumen perjalanan

 13 GRO warga asing ditahan disyaki salah guna dokumen perjalanan

Bernama

26/05/202413 GRO warga asing ditahan disyaki salah guna dokumen perjalanan

Beliau berkata turut ditahan empat individu yang berperanan sebagai pengurus berusia 26 tahun hingga 60 tahun. - Gambar fail/Bernama

13 GRO warga asing ditahan disyaki salah guna dokumen perjalanan

Beliau berkata turut ditahan empat individu yang berperanan sebagai pengurus berusia 26 tahun hingga 60 tahun. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Seramai 13 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan di empat pusat hiburan di bangunan pejabat sekitar Jalan Chulan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua wanita yang berumur 19 hingga 45 tahun itu ditahan pada 1.30 pagi kerana disyaki menyalahgunakan dokumen perjalanan bagi tujuan bekerja.

Beliau berkata turut ditahan empat individu yang berperanan sebagai pengurus berusia 26 tahun hingga 60 tahun.

"Polis juga merampas peralatan muzik iaitu tiga monitor, dua penerima mikrofon, empat mikrofon, sebuah pengadun audio, dua digital audio, tiga speaker dan empat amplifier.

"Empat pengurus premis direman sehari bermula hari ini manakala 13 wanita warga asing direman 14 hari di bawah Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KKM teliti permi' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 3 hrs 22 mins ago
A visitor from Paris viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 5 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 5 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 5 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 5 hrs 38 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 5 hrs 39 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 5 hrs 39 mins ago