Translate

21 December 2023

Pengarah JSJ Bukit Aman turun padang, tinjau perkembangan siasatan kes Zayn Rayyan



Pengarah JSJ Bukit Aman turun padang, tinjau perkembangan siasatan kes Zayn Rayyan

Bernama

Disember 20, 2023
Mohd Shuhaily dilihat memasuki Blok R apartmen berkenaan, dipercayai untuk meninjau lokasi kejadian termasuk aliran anak sungai. - Bernama

Pengarah JSJ Bukit Aman turun padang, tinjau perkembangan siasatan kes Zayn Rayyan

Mohd Shuhaily dilihat memasuki Blok R apartmen berkenaan, dipercayai untuk meninjau lokasi kejadian termasuk aliran anak sungai. - Bernama

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain hari ini turun padang meninjau perkembangan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman Damansara Damai di sini.

Mohd Shuhaily dilihat tiba di apartment berkenaan kira-kira 1.10 tengah hari menaiki motosikal berkuasa tinggi diiringi dua kereta peronda sebelum diberikan penerangan mengenai kes berkenaan oleh beberapa anggota dipercayai pegawai penyiasat kes.

Mohd Shuhaily kemudian dilihat memasuki Blok R apartment berkenaan, dipercayai untuk meninjau lokasi kejadian termasuk aliran anak sungai tempat mayat kanak-kanak malang itu ditemukan.







Mohd Shuhaily bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai perkembangan kes berkenaan yang masuk hari ke-14, hari ini.

"Tiada apa-apa kenyataan daripada saya, semua maklumat oleh KP (Ketua Polis) Selangor," katanya sebelum beredar dari apartment itu pada 2.30 petang.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokannya.

Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah L' 9 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 4 hrs 8 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 4 hrs 45 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 5 hrs 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 5 hrs 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 5 hrs 29 mins ago