Translate

30 December 2023

Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu tanda solidariti kepada Palestin, mangsa banjir - Fahmi



Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu tanda solidariti kepada Palestin, mangsa banjir - Fahmi

Bernama

Disember 30, 2023
Fahmi berkata ia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang kini ditindas dengan kejam oleh rejim zionis Israel dan menghormati mangsa banjir di beberapa negeri. - Gambar Bernama

Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu tanda solidariti kepada Palestin, mangsa banjir - Fahmi

Fahmi berkata ia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang kini ditindas dengan kejam oleh rejim zionis Israel dan menghormati mangsa banjir di beberapa negeri. - Gambar Bernama

SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan tidak membuat sebarang perancangan untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang kini ditindas dengan kejam oleh rejim zionis Israel dan menghormati mangsa banjir di beberapa negeri.

"Di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mungkin diadakan program sambutan yang bersesuaian dengan keadaan setempat," katanya kepada media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) di sini malam Jumaat.







Terdahulu, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam akan menganjurkan Program Kerohanian Ambang Tahun Baharu 2024 pada Ahad ini di Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya sebagai alternatif untuk masyarakat Islam Malaysia yang lazim menyambut Tahun Baharu Masihi.

Mengulas status 130 stesen pemancar komunikasi yang terjejas akibat banjir di Sabah, Kelantan, Pahang, Selangor dan Terengganu Fahmi berkata setakat ini, sebanyak 53 stesen sudah beroperasi semula manakala selebihnya sedang dibaik pulih.

"Saya harap dalam sehari dua, jumlah ini akan berkurangan dan kawasan yang terkesan kita akan kaji sama ada ia adalah kawasan berulang dari segi kerosakan kepada menara telekomunikasi atau kawasan baharu," katanya.

Fahmi juga berkata beliau akan mengarahkan agar site hardening dilakukan di kawasan terjejas dengan menaikkan peralatan komunikasi ke paras lebih tinggi bagi mengelakkan insiden itu berulang.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 35 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 2 hrs ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 52 mins ago