Translate

26 December 2023

Azalina gesa siasatan segera pekerja warga Bangladesh dijanji pekerjaan tidak wujud



Azalina gesa siasatan segera pekerja warga Bangladesh dijanji pekerjaan tidak wujud

Bernama

Disember 26, 2023 14:01 MYT

Azalina gesa siasatan segera pekerja warga Bangladesh dijanji pekerjaan tidak wujud

Azalina menyifatkan insiden di kawasannya itu sebagai "hanya sebahagian daripada masalah besar". - Gambar fail/Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini menggesa siasatan segera dijalankan ke atas ejen yang bertanggungjawab menipu pekerja asing untuk mendapatkan pekerjaan yang tidak wujud.

Gesaan beliau itu susulan laporan media semalam bahawa polis menahan sekumpulan 171 lelaki warga Bangladesh yang berjalan kaki secara beramai-ramai di Pengerang, Johor, seperti yang dirakam dalam video yang menjadi tular.

Azalina, Ahli Parlimen Pengerang, yang menyifatkan insiden di kawasannya itu sebagai "hanya sebahagian daripada masalah besar", berkata syarikat terbabit perlu disiasat untuk menentukan bagaimana pekerja asing yang sah boleh dieksploitasi dan dijanjikan dengan pekerjaan di Malaysia.







"Ini adalah jenayah terhadap kemanusiaan. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan pencabulan hak asasi manusia termasuk dalam sektor perniagaan. Sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan tegas terhadap perniagaan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, hari ini.

Pada masa yang sama, Azalina turut memuji Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong kerana menghulurkan bantuan kepada pekerja asing yang tertipu itu.

"Sebagai Ahli Parlimen Pengerang, saya telah menghubungi YB Steven Sim kerana saya diberitahu bahawa kira-kira 2,500 daripada pendatang yang ditipu ini berada di Pengerang. Individu di sebalik sindiket ini mesti bertanggungjawab dan siasatan segera mesti dijalankan ke atas siapa yang mengeluarkan permit ini tanpa pekerjaan," tambahnya.

Dalam laporan media semalam, Sim berkata kementeriannya akan membantu warga Bangladesh yang ditipu itu atas alasan kemanusiaan kerana kes yang melibatkan penahanan mereka adalah di luar bidang kuasa kementerian.

Selain itu, beliau berkata kementerian juga akan memanggil majikan yang dinyatakan dalam dokumen warga asing dan agensi terbabit untuk membantu mereka dalam siasatan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata sekumpulan 171 lelaki warga Bangladesh berjalan kaki untuk ke Balai Polis Bayu Damai, kira-kira 10 kilometer dari asrama mereka bagi membuat laporan kerana mendakwa tidak mendapat tawaran kerja daripada ejen dalam tempoh tiga hingga enam bulan lepas.

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur antara 19 hingga 43 tahun, mempunyai dokumen yang sah telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen kerana tinggal lebih masa di negara ini mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Peats ridge viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'CCTV rakam 'mangsa dalam longkang, saksi berlari' ' 13 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 5 hrs 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 5 hrs 41 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 6 hrs 40 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 6 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 7 hrs 29 mins ago