Translate

18 June 2023

XPDC antara 4 Band Lagenda di atas satu pentas di Konsert Lagenda Rock Vol.1 pada 16 Julai 2023 #xpdc #myticket


“Saya tidak mahu berkongsi banyak tapi percayalah, Konsert Lagenda Rock Vol. 1 akan menjadi konsert bersejarah bukan sahaja untuk pemuzik tetapi peminat yang sudah lama tidak dapat menyaksikan gabungan kugiran-kugiran rock dalam sebuah persembahan,” ujar Pengarah Urusan Mutiara Optimum Sdn Bhd, Adam Hanafi bin Masdi.

Konsert Lagenda Rock Vol. 1 Menggabungkan XPDC, Rusty Blade, May dan Babylon Di Satu Pentas

Konsert Lagenda Rock Vol. 1  ini adalah berita paling 'legend' yang dinantikan sekian lama oleh penggemar muzik rock.

Konsert Lagenda Rock Vol. 1 kelak akan menjadi pentas pertama but XPDC beraksi dalam skala besar selepas manta vokalis mereka, Mael, meninggal dunia pada 27 April 2023 lalu. Biarpun Allahyarham sudah tidak lagi bersama XPDC dan empayar kumpulan itu diteruskan Ali sebagai vokalis


Tanggal 16 Julai kelak juga bakal menyaksikan aksi May bersama dengan vokalis baharu mereka, Kelvin Thein yang menggantikan posisi penyanyi utama lama, Muss.

Muzik rock dan metal XPDC, Rusty Blade, May dan Babylon akan dilantunkan di Megastar Sg Plaza, Kuala Lumpur pada konsert yang akan berlangsung 16 Julai 2023 ini.


TIKET

Tiket-tiket berharga RM288 (standing & seating) dan pembelian Early Bird akan memperolehi diskaun sebanyak 15 peratus boleh dapatkan menerusi www.MyTicket.asia.

Jangan sampai terlepas saksi Konsert Lagenda Rock Vol. 1 













Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED