Translate

13 June 2023

MOHD AZAM DILANTIK KETUA POLIS DAERAH AMPANG JAYA

 MOHD AZAM DILANTIK KETUA POLIS DAERAH AMPANG JAYA



Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S.Sasikala menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Ampang Jaya di antara SAC Mohamad Farouk Eshak kepada ACP Mohd Azam Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

12/06/2023 06:15 PM

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ampang Jaya berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Mohamad Farouk Eshak yang dinaikkan pangkat sebagai SAC dan memegang jawatan Ketua Penolong D7 (Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas berkenaan disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini hari ini.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Mohd Azam daripada Supt sehingga dinaikkan pangkat kepada ACP.

"Jawatan yang diterima ini akan hadir dengan tugas dan tanggungjawab lebih besar dan saya yakin beliau dapat melaksanakan tugas demi memenuhi misi dan visi pasukan polis,” kata Sasikala ketika berucap dalam majlis serah terima tugas berkenaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED