Translate

20 September 2022

Isteri rancang, upah 4 lelaki samun, bunuh suami

 Isteri rancang, upah 4 lelaki samun, bunuh suami

Astro Awani

September 19, 2022 Isteri rancang, upah 4 lelaki samun, bunuh suami

Arjunaidi berkata, turut ditahan adalah empat lagi suspek dipercayai kenalan wanita berusia 37 tahun terbabit yang terlibat dalam kejadian berkenaan. - Gambar fail

Isteri rancang, upah 4 lelaki samun, bunuh suami

Arjunaidi berkata, turut ditahan adalah empat lagi suspek dipercayai kenalan wanita berusia 37 tahun terbabit yang terlibat dalam kejadian berkenaan. - Gambar fail

KLANG: Seorang wanita yang dipercayai mengupah empat lelaki untuk menyamun dan membunuh suaminya di Taman Aneka Baru, Sungai Udang, dekat sini, ditahan polis, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata turut ditahan adalah empat lagi suspek dipercayai kenalan wanita berusia 37 tahun terbabit yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata, motif kejadian itu dipercayai disebabkan dendam dan kepentingan diri.



Arjunaidi berkata, terdahulu polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 1.15 pagi Khamis, memaklumkan terdapat pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki sehingga menyebabkan mangsa terbaring di hadapan sebuah rumah.

"Polis kemudian menemui mangsa lelaki warga tempatan berusia 41 tahun dalam keadaan terbaring berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia.


"Berdasarkan keterangan isteri mangsa, terdapat dua lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng serta bersenjata pisau telah memasuki rumah melalui pintu hadapan.

"Dakwanya, suspek telah menikam suaminya sehingga menyebabkan kematian, selain menggeledah rumah mereka serta mengambil pelbagai beg tangan yang berjenama, barang kemas dan juga sejumlah wang tunai bernilai RM40,000 sebelum melarikan diri menggunakan kenderaan jenis BMW.

"Jumlah kerugian mencecah RM100,000. Kejadian turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

"Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati, terdapat 14 tikaman di badannya menggunakan senjata tajam yang menjadi punca kematiannya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis kemudian mendapati keterangan isteri mangsa mencurigakan sebelum menahannya untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan kemudian mendapati wanita itu merancang dan membuat persiapan untuk membunuh suaminya sendiri.

"Isteri mangsa juga telah memberikan maklumat individu lain yang turut terlibat sama dan polis menahan semua empat suspek lelaki berusia 20 hingga 36 tahun di Klang dan Negeri Sembilan pada hari sama.

"Empat lelaki terbabit didapati mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau.

"Polis turut merampas kereta BMW yang digunakan semasa kejadian serta barangan samun," katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka direman lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Bapa Zayn Rayyan Hadir Ke Mahkamah Berkerusi Roda ' 7 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan lelaki ceroboh kem tentera di Gerik | ' 19 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'BNM mungkin pertimbang penurunan OPR sebagai langk' 21 mins ago
A visitor from Oakland viewed 'Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS ' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pekerja sektor kesihatan rugi lebih RM1.2 juta dit' 22 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Jadikan ibadah umrah alat kaut keuntungan perbuata' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jadikan ibadah umrah alat kaut keuntungan perbuata' 24 mins ago