Waktu perkhidmatan Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 1 pagi pada 1 Okt
Bernama
September 29, 2022
Waktu perkhidmatan Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 1 pagi pada 1 Okt
Rapid KL meminta pengguna LRT menggunakan kad Touch N' Go untuk kelancaran perjalanan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rapid KL akan melanjutkan waktu perkhidmatannya sehingga pukul 1 pagi pada 1 Okt ini di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil bagi menyokong keperluan pengguna menghadiri beberapa acara di sekitar Kompleks Sukan Negara di sini.
Dalam kenyataan hari ini Rapid KL memaklumkan stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.
backup_ads
"Pengguna diminta menggunakan kad Touch N' Go untuk kelancaran perjalanan," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengikuti laman sosial Twitter dan Facebook MyRapidKL untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA