Translate

23 June 2022

Malaysia terima 2 lagi pesawat peninjau maritim bermula bulan depan

 Malaysia terima 2 lagi pesawat peninjau maritim bermula bulan depan

Bernama -June 23, 2022





Pada Rabu, Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang berkunjung ke fasiliti PT Dirgantara Indonesia (PTDI), yang bertanggungjawab mengubah suai pesawat pengangkut CN235-220M, di Bandung, Jawa Barat. (Gambar Facebook)

JAKARTA: Dua lagi pesawat pengangkut CN235 tentera udara yang diubah suai kepada varian pesawat pemantau maritim (MSA), dijangka tiba di tanah air pada Jul dan Sept.


Pesawat pertama yang diubah suai kepada CN235-220M oleh PT Dirgantara Indonesia (PTDI), telah dihantar ke Malaysia pada 17 Jun, menurut direktur utama PTDI, Gita Amperiawan.


“PTDI komited untuk terus menyokong semua pesawat CN235-220M TUDM pada masa hadapan, termasuk sokongan untuk kelestarian pesawat program Inisiatif Keselamatan Maritim (MSI),” katanya dalam kenyataan.


Di bawah program MSI, pesawat TUDM berperanan untuk melakukan tugas-tugas risikan serta pemantauan dan peninjauan (ISR).

Sementara itu, Gita berkata, pesawat berkenaan boleh mengikuti program sokongan selepas penerimaan yang merangkumi latihan, alat ganti dan pembaikan serta bantuan teknikal pada masa hadapan.


PTDI bekerjasama dengan Integrated Surveillance and Defense, Inc. yang berpangkalan di Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat dalam menyedia dan menyepadukan Sistem Pengurusan Misi untuk pesawat itu.


Pada Rabu, Gita menerima kunjungan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Affendi Buang di fasiliti pengeluaran pesawat PTDI di Bandung, Jawa Barat.


Menurut kenyataan itu, Affendi turut menggalakkan jalinan kolaborasi antara pemain industri aeroangkasa di Indonesia dan Malaysia.


Beliau berkata, kepakaran teknikal yang tinggi dimiliki Indonesia dan Malaysia dalam bidang aeroangkasa, boleh digabungkan untuk meneroka peluang pasaran di dua negara dan rantau Asia Tenggara.


“Jika kita boleh saling melengkapi sudah tentu dapat membuat pengeluaran yang lebih cekap dan berkesan,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Vermont viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas ' 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Peats ridge viewed 'Wall St leaps after Trump announces 90-day tariff ' 32 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'KEBAKARAN SALURAN PAIP GAS 5 HERO PAKISTAN TERIMA ' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Caj Perkhidmatan PUSPAKOM Naik Mulai 1 April | BES' 48 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes rogol, sumbang mahram di Kelantan meningkat | ' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Perm viewed 'Pemandu Kereta Yang Menyebabkan Penunggang Motosik' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen serbu Hentian Kajang, tahan 288 pendatan' 2 hrs 53 mins ago