Translate

30 June 2022

Lelaki nyaris tertimbus ketika buat kerja pembaikan paip

Lelaki nyaris tertimbus ketika buat kerja pembaikan paip

Bernama

Jun 30, 2022


Lelaki nyaris tertimbus ketika buat kerja pembaikan paip
Mangsa yang mengalami kecederaan dan pendarahan di mulut telah diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS. - Foto PDRM

Lelaki nyaris tertimbus ketika buat kerja pembaikan paip

Mangsa yang mengalami kecederaan dan pendarahan di mulut telah diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS. - Foto PDRM

CYBERJAYA: Seorang lelaki warga Indonesia berdepan detik cemas apabila separuh badannya tertimbus dalam lubang ketika melakukan kerja pembaikan paip di Laman View Cyberjaya , sini, petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata ketika kejadian, mangsa, Samsul Maarif, 43, sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan paip di dalam lubang yang digali sedalam 3.04 meter.

backup_ads

"Ketika sedang membuat kerja-kerja pembaikan itu, secara tiba-tiba tanah yang digali telah runtuh lalu menimbusi sebahagian badan mangsa dari paras pinggang dan ke bawah," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.



Norazam berkata bomba yang tiba di tempat kejadian pada jam 2.16 petang, tidak membuat sebarang penyelamatan kerana mangsa telah dikeluarkan oleh rakan sekerja sebelum pihak bomba sampai.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan dan pendarahan di mulut telah diberikan rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut.


-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 28 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 4 hrs 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 5 hrs 12 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia hantar 35 pegawai perubata' 5 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 6 hrs 8 mins ago