Translate

25 June 2022

YDP Agong berkenan terima kunjungan Azmin di hospital

Agong berkenan terima kunjungan Azmin di hospital

Astro Awani
25/6/2022
Yang Di-Pertuan Agong ketika menerima ziarah Mohamed Azmin di hospital pada Jumaat.


KUALA LUMPUR: Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima ziarah daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di hospital, pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, Al-Sultan Abdullah kelihatan ceria, cergas dan sihat ketika sesi menghadap.

Baginda sebelum ini dilaporkan menjalani pemeriksaan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki dan menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut pada 20 Jun.

"Tatkala menghadap, Baginda menzahirkan titah nasihat tentang usaha-usaha untuk terus meningkatkan prestasi pelaburan dan perdagangan negara.

"Sesungguhnya, Tuanku amat prihatin terhadap perkembangan ekonomi global dan menitahkan supaya MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan agensi berusaha gigih bagi menarik pelaburan-pelaburan berkualiti yang dapat mencipta pekerjaan untuk rakyat.

"Titah Tuanku akan patik junjung di atas batu jemala patik.

"Patik dan pentadbiran MITI serta agensi-agensi akan terus bekerja dengan sedaya upaya demi membawa pembangunan yang lestari dan unggul ke seantero negara," kata Mohamed Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau turut merafak sembah ucapan terima kasih buat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mengambilkan gambar kenangan beliau bersama Al-Sultan Abdullah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 3 hrs 5 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 1 min ago