Translate

23 June 2022

Malaysia terima 2 lagi pesawat peninjau maritim bermula bulan depan

 Malaysia terima 2 lagi pesawat peninjau maritim bermula bulan depan

Bernama -June 23, 2022





Pada Rabu, Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang berkunjung ke fasiliti PT Dirgantara Indonesia (PTDI), yang bertanggungjawab mengubah suai pesawat pengangkut CN235-220M, di Bandung, Jawa Barat. (Gambar Facebook)

JAKARTA: Dua lagi pesawat pengangkut CN235 tentera udara yang diubah suai kepada varian pesawat pemantau maritim (MSA), dijangka tiba di tanah air pada Jul dan Sept.


Pesawat pertama yang diubah suai kepada CN235-220M oleh PT Dirgantara Indonesia (PTDI), telah dihantar ke Malaysia pada 17 Jun, menurut direktur utama PTDI, Gita Amperiawan.


“PTDI komited untuk terus menyokong semua pesawat CN235-220M TUDM pada masa hadapan, termasuk sokongan untuk kelestarian pesawat program Inisiatif Keselamatan Maritim (MSI),” katanya dalam kenyataan.


Di bawah program MSI, pesawat TUDM berperanan untuk melakukan tugas-tugas risikan serta pemantauan dan peninjauan (ISR).

Sementara itu, Gita berkata, pesawat berkenaan boleh mengikuti program sokongan selepas penerimaan yang merangkumi latihan, alat ganti dan pembaikan serta bantuan teknikal pada masa hadapan.


PTDI bekerjasama dengan Integrated Surveillance and Defense, Inc. yang berpangkalan di Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat dalam menyedia dan menyepadukan Sistem Pengurusan Misi untuk pesawat itu.


Pada Rabu, Gita menerima kunjungan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Affendi Buang di fasiliti pengeluaran pesawat PTDI di Bandung, Jawa Barat.


Menurut kenyataan itu, Affendi turut menggalakkan jalinan kolaborasi antara pemain industri aeroangkasa di Indonesia dan Malaysia.


Beliau berkata, kepakaran teknikal yang tinggi dimiliki Indonesia dan Malaysia dalam bidang aeroangkasa, boleh digabungkan untuk meneroka peluang pasaran di dua negara dan rantau Asia Tenggara.


“Jika kita boleh saling melengkapi sudah tentu dapat membuat pengeluaran yang lebih cekap dan berkesan,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'LELAKI TAMPIL JELAS CERITA SEBENAR KEJADIAN NAVARA' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Treler Bawa Gas Rempuh Penghadang Jambatan | BEST ' 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'TAKTIK LICIK SEKELUARGA MENCURI DI PASAR MALAM | B' 27 mins ago
A visitor from Brussels viewed '5 universiti terkemuka Korea tawar tempat pengajia' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Guru rugi RM511,000 diperdaya sindiket pelaburan s' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinh' 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Zelensky offers to meet Putin after Trump demands ' 52 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 57 mins ago