Translate

22 June 2022

Subsidi minyak masak peket masih kekal, bantu ringankan beban rakyat - PM

 Subsidi minyak masak peket masih kekal, bantu ringankan beban rakyat - PM

Fareez Azman / ATSRO AWANI

Jun 22, 2022 

Subsidi minyak masak peket masih kekal, bantu ringankan beban rakyat - PM
Jelas Perdana Menteri, subsidi minyak masak peket dikekalkan bagi meringankan beban dialami rakyat terutama golongan B40 susulan peningkatan harga barangan ketika ini. - Foto PMO


Subsidi minyak masak peket masih kekal, bantu ringankan beban rakyat - PM

Jelas Perdana Menteri, subsidi minyak masak peket dikekalkan bagi meringankan beban dialami rakyat terutama golongan B40 susulan peningkatan harga barangan ketika ini. - Foto PMO

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak menarik balik subsidi minyak masak peket seperti yang didakwa pihak tertentu.

Demikian jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kekeliruan yang berlaku susulan penarikan semula subsidi minyak masak botol diumumkan sebelum ini.

backup_ads

Jelasnya, subsidi minyak masak peket dikekalkan bagi meringankan beban dialami rakyat terutama golongan B40 susulan peningkatan harga barangan ketika ini.



"Saya ingin menjelaskan kekeliruan berhubung subsidi minyak masak sejak semalam, ramai buat kenyataan agak mengelirukan.

"Yang mengatakan subsidi minyak masak ditarik balik, suka saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan masih mengekalkan subsidi minyak masak dengan jumlah RM4 billion pada tahun 2022 ini, setakat ini.


"Kemungkinan ada pertambahan terutama apabila harga minyak kelapa sawit meningkat," jelasnya pada sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri di sini pada Rabu.

Tambah Ismail Sabri, subsidi yang diberikan itu jauh lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

"Ini jauh lebih tinggi berbanding subsidi yang lepas sebanyak RM500 juta pada tahun 2020, dan RM2.2 billion pada tahun 2021.

"Minyak masak yang disubsidi kerajaan adalah sebanyak 60,000 tan metrik sebulan, melebihi keperluan sebenar pengguna iaitu sebanyak 55,000 tan metrik sebulan.

"Walaupun keperluan 55,00 tan metrik, kerajaan telah beri subsisdi 60,000 tan metrik bermakna terdapat 5,00 tan metrik lebihan," katanya lagi.

BACA: Kerajaan hapus subsidi minyak masak tulen berbotol mulai 1 Julai

Ujar Perdana Menteri, ketika ini rakyat dapat menikmati manfaat subsidi yang diberikan kerajaan pada minyak masak peket dengan harga RM2.50 sekilogram berbanding harga pasaran iaitu RM9.00.

"Sebab itu kalau kita tengok pada peket plastik minyak masak tersebut akan tertulis untuk kegunaan rumah, jadi ini untuk kegunaan rumah terutama golongan B40.

"Subsidi ini telah bermula sejak Jun 2007 lagi, maknanya subsidi ini masih dilaksanakan kerajan dan tidak ditarik balik seperti digambarkan sesetengah pihak di luar sana, itu tidak betul," tambahnya.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Srengseng viewed 'Imigresen Selangor serbu premis hiburan, tahan 32 ' 1 min ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC DPP Ahmad Sazilee Abdul Khairy arrested by Po' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ruang pendidikan TVET terbuka luas untuk lepasan S' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 4 hrs 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib dilantik Yang Dipertua Negeri Pul' 4 hrs 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 4 hrs 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 4 hrs 34 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 5 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 6 hrs 43 mins ago