Translate

24 June 2022

FGV sahkan 13 resolusi AGM diluluskan termasuk kenaikan elaun Pengerusi, BOD

 FGV sahkan 13 resolusi AGM diluluskan termasuk kenaikan elaun Pengerusi, BOD

Astro Awani

Jun 24, 2022 FGV sahkan 13 resolusi AGM diluluskan termasuk kenaikan elaun Pengerusi, BOD

FGV Holdings mengumumkan 13 resolusi yang dibentangkan pada AGM Ke-14 syarikat perladangan itu diluluskan, termasuk menaikkan elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarahnya. -Gambar fail/Dagang News

FGV sahkan 13 resolusi AGM diluluskan termasuk kenaikan elaun Pengerusi, BOD

FGV Holdings mengumumkan 13 resolusi yang dibentangkan pada AGM Ke-14 syarikat perladangan itu diluluskan, termasuk menaikkan elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarahnya. -Gambar fail/Dagang News

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd mengumumkan 13 resolusi yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-14 syarikat perladangan itu diluluskan, termasuk menaikkan elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarahnya.

Pengerusi FGV, Datuk Dzulkifli Abd Wahab memberitahu, AGM yang diadakan secara dalam talian pada Khamis itu menyaksikan kesemua resolusi yang dibentang untuk pertimbangan telah diluluskan dengan jumlah peratusan setiap saham undian setuju adalah hampir 100 peratus.

"Salah satu agenda dibentangkan adalah membabitkan kenaikan yuran dan elaun Pengerusi dan Lembaga Pengarah seperti dicadangkan setelah mengambil kira kompleksiti dan jumlah perniagaan vertikal FGV berbanding syarikat perladangan lain," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Jumaat.



Dzulkifli menambah syarikat terkemuka itu berhasrat untuk menjadi antara perniagaan tani mapan terulung di dunia dengan jenama produk yang reputasi tinggi dan keupayaan pengedaran yang kukuh.

Selain itu, katanya, FGV juga meningkatkan ekspedisi kelestariannya menjadi syarikat perniagaan tani dan makanan pertama di Malaysia yang merasmikan sasaran Pelan Tindakan Iklim dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

"Kita (FGV) berhasrat bagi mengubah naratif kelapa sawit Malaysia dengan memastikan pertimbangan berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) terus menjadi keutamaan dalam hal ehwal FGV.

"Kami percaya ini adalah kunci untuk memperjuangkan kebaikan minyak sawit yang mampan di peringkat global dan membantu industri untuk mendapat penerimaan serta sokongan antarabangsa.

"Ini juga adalah salah satu langkah untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat," katanya lagi.

FGV, dalam kenyataan itu juga berkata, akan memastikan Pelan Strategik Perniagaannya berupaya menyediakan manfaat kepada pemegang saham, terutamanya peneroka Felda, selepas syarikat induk itu menjadi pemegang saham terbesar pada penghujung 2021 dengan jumlah saham 79.80 peratus.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Chennai viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Bekasi viewed ''Dog in washing machine' video leads to arrest of ' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 4 hrs 34 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 6 hrs 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 6 hrs 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 6 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 7 hrs 15 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 7 hrs 18 mins ago