Translate

24 June 2022

Kerajaan digesa segerakan Rang Undang-Undang Pendanaan Politik

 Kerajaan digesa segerakan Rang Undang-Undang Pendanaan Politik

Astro Awani

Jun 24, 2022 Kerajaan digesa segerakan Rang Undang-Undang Pendanaan Politik

Cheah berkata, Majlis Peguam akan mengambil model akta berkenaan dari negara-negara luar yang sudah menggunakan undang-undang tersebut, seperti Singapura, United Kingdom, New Zealand dan Kanada. - Foto ccalaw.com

Kerajaan digesa segerakan Rang Undang-Undang Pendanaan Politik

Cheah berkata, Majlis Peguam akan mengambil model akta berkenaan dari negara-negara luar yang sudah menggunakan undang-undang tersebut, seperti Singapura, United Kingdom, New Zealand dan Kanada. - Foto ccalaw.com

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membentang Rang Undang-undang Pendanaan Politik dengan kadar segera atau selewat-lewatnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai komitmen memerangi rasuah melibatkan parti politik.

Presiden Majlis Peguam Karen Cheah Yee Lynn berkata, undang-undang sedia ada lapuk dan tidak lagi relevan digunakan pada masa ini.

backup_ads

Katanya, Majlis Peguam sedang meneliti fasa akhir draf sebelum diserahkan kepada Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) untuk dibawa ke Parlimen.



"Undang-undang sedia ada pada ketika ini sudah tidak bersesuaian kerana tidak menyatakan mengenai sumbangan politik atau dana politik.

"Melihat ke hadapan, dana ini perlu bagi membentuk rakyat yang lebih demokratik, telus, serta mengelak daripada sebarang perilaku rasuah.


"Akta ini juga perlu bagi memperincikan struktur pendanaan itu, seperti siapa yang memberi dana tersebut, pengawalan dana, sama ada membenarkan dana dari negara-negara asing atau tidak, serta orang kenamaan yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Undang-undang Pendanaan Politik anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dan Majlis Peguam, di sini, semalam.

Cheah menambah, pihaknya juga akan mengambil model akta berkenaan dari negara-negara luar yang sudah menggunakan undang-undang tersebut, seperti Singapura, United Kingdom, New Zealand dan Kanada, untuk dimasukkan ke dalam draf.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED