25 Jun 2022 Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam 24 Jun, dihadiri kesemua kepimpinan tertinggi kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Naib Presiden parti.
Ini kerana Perdana Menteri dijadual menghadiri program Dialog Peringkat Tertinggi Mengenai Pembangunan Global bersama lapan ketua negara secara dalam talian yang berlangsung malam sama.
Antara pemimpin 'Top 5' UMNO yang hadir ialah Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Hadir sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.