Translate

24 June 2022

Tarif elektrik, air di Semenanjung kekal, harga ayam tidak diapungkan - PM

 Tarif elektrik, air di Semenanjung kekal, harga ayam tidak diapungkan - PM

Astro Awani

Jun 24, 2022

Tarif elektrik, air di Semenanjung kekal, harga ayam tidak diapungkan - PM
ISMAIL SABRI: Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung. - Gambar fail/BERNAMA

Tarif elektrik, air di Semenanjung kekal, harga ayam tidak diapungkan - PM

ISMAIL SABRI: Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.

Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan memaklumkan, dengan keputusan tersebut, kerajaan akan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.

backup_ads

“Ini bermakna Pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan. Untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna-pengguna domestik di Semenanjung.



“Pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj dikekalkan kepada pengguna bukan domestik iaitu pengguna komersil dan industri,” katanya.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.


“Harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

“Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan Kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup,” tambahnya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Los angeles viewed 'The ringgit started trading on Wednesday almost fl' 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 2 hrs 53 mins ago