Translate

30 June 2022

Sogok polis RM200,000: Peniaga makanan didenda RM100,000

 Sogok polis RM200,000: Peniaga makanan didenda RM100,000

Bernama

Jun 30, 2022 Sogok polis RM200,000: Peniaga makanan didenda RM100,000

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zaed Asan, 34, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya. - Foto ihsan SPRM

Sogok polis RM200,000: Peniaga makanan didenda RM100,000

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zaed Asan, 34, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya. - Foto ihsan SPRM

SEREMBAN: Seorang peniaga makanan didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberi suapan RM200,000 kepada anggota polis bagi mengelakkan tindakan undang-undang terhadap lima rakannya yang ditahan dalam satu serbuan pada tahun lepas.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zaed Asan, 34, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 24 bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.



Menurut pertuduhan pilihan, Mohd Zaed bersama seorang yang masih bebas, pada 14 Nov 2021, pada kira-kira pukul 1.20 pagi bertempat di dalam kereta Volkswagen Passat 2, di tepi jalan berhampiran stesen minyak di Nilai Square Commercial Centre dengan niat secara rasuah memberikan suatu suapan, iaitu wang tunai RM200,000 kepada Koperal Mohamad Taufiq Sudiman.

Suapan itu sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lima rakan tertuduh yang ditahan semasa serbuan oleh pihak polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai pada 13 Nov 2021 di sebuah unit Residensi Mesa Putra Nilai atas kesalahan jenayah penipuan pelaburan.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam Kamal Adha Mohd Harozi.

Wan Shaharuddin turut memuji tindakan tiga anggota polis yang terbabit dalam kes berkenaan yang tidak terpedaya dengan wang rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.

Mahkamah turut memerintahkan wang rasuah berjumlah RM200,000 bagi kes ini dilucut hak melalui Ketua Pesuruhajaya SPRM kepada kerajaan Malaysia.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 40 mins ago
A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 3 hrs 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tiada keterangan saksi ibu bapa abai Zayn Rayyan -' 3 hrs 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, kecual' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 3 hrs 52 mins ago