Translate

29 January 2022

Majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan perlu beri satu hari tambahan pada kelepasan am berbayar




Bernama
Januari 29, 2022 

Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini jatuh pada 1 dan 2 Feb yang bertindih dengan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Majikan sektor swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan perlu memberi satu hari tambahan hari kelepasan am berbayar pada 3 Feb ini kepada pekerja masing-masing kerana berlaku pertindihan antara hari kelepasan am bagi Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah Persekutuan.

Menurut kenyataan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, tambahan satu hari kelepasan am itu adalah tertakluk di bawah Seksyen 600(1)(b)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).


Akta 265 memperuntuk jika mana-mana hari kelepasan am yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan (b) jatuh pada mana-mana hari kelepasan am dalam perenggan (a) dan (b), hari bekerja selepas hari kelepasan am tersebut hendaklah dijadikan sebagai hari kelepasan am berbayar sebagai ganti kepada hari kelepasan am yang pertama.
 
"Bagaimanapun, bagi majikan yang tidak menyenaraikan Tahun Baharu Cina sebagai hari kelepasan am yang diambil, majikan hanya perlu memberikan hari kelepasan am berbayar bagi Hari Wilayah Persekutuan sahaja," menurut jabatan itu.

Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini jatuh pada 1 dan 2 Feb yang bertindih dengan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb.

Menurut JTK, Hari Wilayah Persekutuan merupakan hari kelepasan am berbayar yang wajib diambil oleh majikan yang tempat pekerjaannya terletak dalam Wilayah Persekutuan sebagaimana diperuntuk di bawah Seksyen 60D(1)(a)(iii) akta sama.

Bagi Tahun Baharu Cina pula, jika dipilih dan disenaraikan oleh majikan sebagai hari kelepasan am di bawah seksyen 60D(1)(a), ia juga wajib diambil oleh majikan.
-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC DPP Ahmad Sazilee Abdul Khairy arrested by Po' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ruang pendidikan TVET terbuka luas untuk lepasan S' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib dilantik Yang Dipertua Negeri Pul' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 46 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 4 hrs 49 mins ago