Translate

19 December 2021

Harta Milik Bekas Exco Bernilai Lebih RM6 Juta Dilucut Hak

Datuk Abd Latif Bandi






Harta milik bekas Exco bernilai lebih RM6 juta dilucut hak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berjaya dalam rayuan untuk melucut hak harta dianggarkan bernilai lebih RM6 juta milik bekas Exco Kerajaan Johor, Datuk Abd Latif Bandi, anak dan menantunya.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membenarkan rayuan SPRM itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 27 Mei 2019, yang menolak permohonan pihak pendakwaan dan memerintahkan semua harta disita perlu dikembalikan kepada pemilik berdaftar.

Abu Bakar ketika membacakan penghakimannya berkata, keputusan itu dibuat selepas mahkamah meneliti semua rekod rayuan serta memperhalusi hujahan lisan serta bertulis semua pihak.

Peguam kemudian memohon supaya arahan pelucutan hak harta itu ditangguhkan, bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan rayuan kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan.


Sumber: Harian Metro YouTube


Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED