Translate

31 October 2021

Lelaki ditemui mati dengan kesan kelar pada leher di sebuah pasar raya

 



Lelaki maut dengan kesan kelar pada leher 

GEORGETOWN: Anggota bomba mengambil masa kurang lima minit untuk membantu membuka pintu kereta Toyota Camry dipercayai milik seorang lelaki yang ditemukan maut dengan kesan kelar pada leher di sebuah pasar raya di Glugor, di sini semalam.

Difahamkan, mayat lelaki berusia 48 tahun itu ditemukan dalam keadaan duduk di bahagian pemandu oleh orang awam di tempat letak kereta aras satu kira-kira pukul 7.15 malam.

Turut ditemukan adalah sebilah pisau yang dipercayai digunakan mangsa untuk bertindak sedemikian dan berada dalam genggaman tangan kirinya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan membuka pintu kereta pukul 7.34 malam dan tiba di situ kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian didapati seorang lelaki berada di dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry dalam keadaan berlumuran darah.

“Kematian lelaki itu disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan yang terlebih dahulu tiba di tempat kejadian.

“Anggota bomba membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas kurang lima minit. Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, operasi membantu dan menyelamat  itu tamat sepenuhnya pada pukul 8.07 malam.

▶️Utusan Online

30.10.2021





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 3 hrs 41 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 4 hrs 18 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 5 hrs 9 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 5 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 6 hrs 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 6 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan suami isteri ditahan disyaki dera kanak-k' 6 hrs 23 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 6 hrs 56 mins ago