Translate

29 October 2021

Kematian ketua jururawat disebabkan COVID-19, bukan kesan sampingan vaksin

 



Full Video: https://www.facebook.com/watch/?v=355703839665714



Kematian ketua jururawat disebabkan COVID-19, bukan kesan sampingan vaksin

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman

29/10/2021 09:33 PM


SHAH ALAM, 29 Okt -- Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hari ini mengesahkan kematian seorang ketua jururawat di negeri itu adalah disebabkan COVID-19 dan bukan kesan sampingan suntikan vaksin COVID-19.


Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata semakan mendapati ketua jururawat berkenaan adalah seorang pesakit kanser yang dalam tempoh cuti sakit selama dua tahun.


"Beliau telah ditawarkan untuk mengambil vaksin COVID-19 pada 17 Feb lepas namun menolak dengan alasan risau dengan kesan sampingan vaksin tersebut. Bagaimanapun, beliau kemudiannya mendaftar dalam MySejahtera serta memberi kebenaran secara sukarela dalam borang kebenaran mendapatkan suntikan vaksin COVID-19,” katanya.


Dr Sha’ari berkata ketua jururawat itu menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech pada 23 Julai lepas dan mengalami gejala demam 12 hari selepas mengambil vaksin namun tidak mendapatkan rawatan untuk gejala itu. 


"Beliau mengalami kesukaran bernafas di rumah kediaman beliau dan dibawa oleh ambulan ke hospital pada 7 Ogos iaitu 16 hari selepas suntikan vaksin.


"Setibanya di hospital, beliau dirawat sebagai pesakit suspek COVID-19 kategori 5 dan keputusan ujian RTK Antigen beliau kemudian didapati positif,” katanya.


Katanya, pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan namun keadaannya semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 14 Ogos lepas.


Beliau berkata saringan kontak rapat mendapati terdapat dua ahli keluarga turut disahkan positif COVID-19.


"Pihak hospital mengesahkan pesakit meninggal dunia disebabkan oleh COVID-19 dan bukannya akibat kesan sampingan vaksinasi COVID-19," katanya.


Pada 22 Oktober lepas, tular di media sosial satu video berkenaan dakwaan seorang ketua jururawat di Selangor yang meninggal dunia akibat daripada suntikan vaksin COVID-19.


-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 14 mins ago