Translate

30 October 2021

Fenomena air pasang besar dijangka melanda daerah Kuala Langat, dekat sini, pada 3 hingga 7 Nov.

 



Fenomena air pasang besar dijangka landa pantai Kuala Langat

30/10/2021 12:32 PM


SHAH ALAM, 30 Okt -- Fenomena air pasang besar dijangka melanda Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tg Sepat di daerah Kuala Langat, dekat sini, pada 3 hingga 7 Nov.


Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) berkata selain air pasang, peralihan monsun timur laut yang bermula pada awal November ini turut akan berlaku.


Yang Dipertua MPKL Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata MPKL akan menutup kawasan peranginan pantai dan kemudahan awam seperti medan selera dan kios di kawasan terlibat.


“Dalam masa yang sama juga, MPKL akan menggerakkan petugas bagi membuat pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Selain itu beliau turut menasihatkan, sekiranya berlaku hujan lebat dan angin kencang secara serentak bersama air pasang besar, risiko berlakunya kejadian banjir akan menjadi lebih buruk.


“Orang awam yang tinggal di pesisir pantai disaran agar menyimpan semua dokumen penting di tempat yang selamat serta mudah diambil sekiranya berlaku kejadian banjir,” katanya.


Amirul Azizan juga mengingatkan orang ramai khususnya penduduk di daerah ini agar tidak mendekati atau memasuki serta tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh yang ditetapkan memandangkan kesemua kawasan peranginan pantai yang terlibat akan ditutup sepenuhnya.


-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 19 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 56 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 36 mins ago