Translate

28 September 2021

Tempoh Pengecualian Syarat Penyertaan Ekuiti Bumiputera 51% Dilanjut Buat Kali Kedua - Tengku Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Tempoh pengecualian syarat penyertaan ekuiti Bumiputera 51 peratus dilanjut buat kali kedua - Tengku Zafrul

BERNAMA
28/9/2021

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) baru-baru ini telah melanjutkan tempoh pengecualian syarat penyertaan ekuiti Bumiputera sebanyak 51 peratus buat kali kedua sehingga Disember 2022, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, langkah ini bagi membolehkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meneliti dan mengkaji semula penyertaan kaum Bumiputera termasuk dalam industri logistik dengan lebih terperinci.

Katanya, hasil kajian itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi melakar hala tuju penglibatan Bumiputera dalam sektor logistik serta memastikan industri tersebut terus berkembang.

"Ini terutamanya dari segi menambah baik kecekapan industri, meningkatkan produktiviti dan mengekalkan asas kos rendah," katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) mengenai sama ada kerajaan akan mengkaji semula dasar ekuiti untuk syarikat penghantar fret yang sedang beroperasi berikutan syarat ekuiti sedia ada sukar untuk dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata isu itu bukanlah isu yang baharu dan sebarang keputusan yang ditentukan oleh MoF perlu mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan.

"Seperti yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) semalam, selepas lebih 30 tahun Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan, pegangan korporat Bumiputera hanyalah 17.2 peratus.

"Oleh itu, cadangan untuk memperkenalkan kerangka jaringan keselamatan ekuiti serta penubuhan bahagian kemakmuran Bumiputera yang akan menyelaras semua inisiatif berkaitan perkara ini amat dialu-alukan," katanya.

Sebagai latar belakang, katanya syarat penyertaan ekuiti Bumiputera sebanyak 51 peratus ini telah dipersetujui oleh Majlis Ekonomi Bumiputera pada 2015 yang dipengerusikan perdana menteri ketika itu.

Keputusan tersebut adalah selaras dengan hasil kajian yang dijalankan oleh TERAJU.

Beliau turut menjelaskan pada 2015, Persekutuan Penghantar Fret Malaysia (FMFF) telah memohon pengecualian terhadap syarat ini dan melalui surat yang telah diutus oleh MoF pada 2016, syarikat tempatan yang memperoleh status Perkhidmatan Logistik Bersepadu Antarabangsa (IILS), dikecualikan daripada syarat ini sehingga 31 Dis 2020.

"Justeru, pada Disember 2020, MoF memutuskan tempoh untuk memenuhi syarat penyertaan Bumiputera ini dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021.

"Pada masa sama, syarat ini dikecualikan bagi ejen penghantaran kastam bertaraf IILS yang mempunyai majoriti pemilikan asing dan juga syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia," katanya.


For A Better Viewing Experience Click Play On The Video & Rotate Phone To View In Landscape Mode







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 1 hr 52 mins ago
A visitor from George town viewed 'UNDERWORLD GANG WAR LIKELY BEHIND MALAYSIA'S SPATE' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 4 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 5 hrs 36 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 5 hrs 48 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 16 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 6 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 7 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas' 8 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 8 hrs ago