Translate

29 September 2021

Senarai rakyat Malaysia yang diberikan pengecualian MyTravelPass berkuat kuasa 1 Oktober

 

Lebih banyak pengecualian MyTravelPass bermula Jumaat

astro Awani
Lebih banyak pengecualian MyTravelPass bermula Jumaat
Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pengecualian juga diberikan kepada pelajar lama yang menyambung pelajaran dan pelajar yang menduduki peperiksaan, bersama dua pengiring. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pelajar baharu yang mendapat tawaran di universiti luar negara bersama dua pengiring antara yang dikecualikan daripada memohon kelulusan melalui MyTravelPass (MTP) mulai Jumaat ini.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pengecualian sama juga diberikan kepada pelajar lama yang menyambung pelajaran dan pelajar yang menduduki peperiksaan, bersama dua pengiring.

Beliau berkata turut dikecualikan adalah bagi kategori urusan kecemasan seperti kematian dan sakit kritikal, bertemu isteri atau suami di luar negara yang perkahwinan didaftarkan di luar negara, menyertai acara sukan, seminar dan mesyuarat serta menyertai misi bantuan kemanusiaan
Diplomat Malaysia dan diplomat asing kekal tidak perlu memohon MTP seperti ketetapan sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi memudahkan urusan, beliau menasihatkan warganegara yang diberi pengecualian itu untuk menyediakan semua dokumen berkaitan tujuan perjalanan dan ditunjukkan kepada pegawai Imigresen yang bertugas di mana-mana kaunter pintu masuk negara.
Berikut senarai rakyat Malaysia yang diberikan pengecualian yang berkuat kuasa 1 Oktober ini: -
1. Pelajar yang baru mendapat tawaran belajar di universiti luar negara, bersama 2 orang pengiring;
2. Pelajar lama yang menyambung pelajaran di luar negara bersama 2 orang pengiring;
3. Pelajar yang menduduki peperiksaan di luar negara bersama 2 orang pengiring;
4. Urusan kecemasan seperti kematian dan sakit kritikal;
5. Bertemu isteri atau suami di luar negara di mana perkahwinan hanya didaftarkan di luar negara;
6. Menyertai acara sukan, seminar dan mesyuarat;
7. Menyertai misi bantuan kemanusiaan.
Sumber Facebook imigresen

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'China President Xi Jinping Given State Welcome by ' 35 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Bendera lambang kedaulatan negara, tid' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 10 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pegawai Polis Terkejut Jumpa Video S**s Anaknya Be' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 2 hrs 45 mins ago