| Seorang penjawat awam (depan kanan) direman enam hari untuk membantu siasatan kes rogol anak tirinya, sejak tiga tahun lalu |
Rogol anak tiri, penjawat awam direman 6 hari
Harian Metro
8/9/2021
Mahkamah Majistret di sini, hari ini, mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap seorang penjawat awam bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan anak tirinya, yang dipercayai berlaku sejak tiga tahun lalu.
Lelaki berusia 38 tahun itu direman bermula hari ini hingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Rusli Ahmad.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata, lelaki itu ditahan di rumahnya di Jalan Guchil Bayam pada jam 5.30 petang semalam.
Katanya, penahanan itu susulan laporan polis dibuat mangsa berusia 14 tahun yang mendakwa dirogol bapa tirinya sejak berusia 11 tahun dan kejadian terakhir berlaku pada jam 8 pagi kelmarin.
Sumber: Harian Metro YouTube