Translate

09 September 2021

Perompak Tumbuk Pemilik Kedai Emas, Larikan Barang Kemas RM200,000

Tiga lelaki bertopi keledar yang membawa lari barangan kemas bernilai RM200,000 





Perompak tumbuk pemilik kedai emas, larikan barang kemas RM200,000

Harian Metro
9/9/2021

Sebuah kedai emas di Simpang Tiga, Batu 6 di sini, disamun tiga lelaki bertopi keledar yang membawa lari barangan kemas bernilai RM200,000 pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mangsa, wanita Indonesia yang juga pemastautin tetap berusia 46 tahun ketika berada di kedai emas bersama ibu, anak dan adik ipar didatangi tiga lelaki menyerbu ke dalam premis.

Katanya dua suspek masuk ke bahagian rak pameran barang kemas dan mengambil pelbagai jenis barang kemas.

Manakala seorang lagi suspek menunggu di pintu masuk utama sambil memegang sebilah parang.

Zainal Mohamed berkata, ketika kejadian, salah seorang suspek menumbuk bahagian muka pemilik premis sehingga dia mengalami kecederaan di muka.

Sumber: Harian Metro YouTube 







Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED