Dalam hantaran terbaharu, Aishah memuat naik gambar di dalam ambulans dan memaklukan dia dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan. - Instagram/Aishah |
Demam dan oksigen tak normal, Aishah positif COVID-19
Astro Awani
30/8/2021
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Aishah mengesahkan dirinya positif virus COVID-19.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Instagram, pada Isnin.
“Covid positif, tolong doakan kami,” tulisnya ringkas dalam kapsyen bersama sebuah video menunjukkan dirinya sedang melakukan ujian calitan di rumah.
Dalam hantaran terbaharu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin memuat naik gambar di dalam ambulans dan memaklumkan beliau dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.
Sementara itu, portal Kosmo melaporkan, penyanyi Janji Manismu itu mengalami simptom demam dan paras oksigennya juga tidak berada di paras normal.
“Saya memang sudah ada penyakit asma dan sekarang mempunyai gejala seperti demam panas dan semput. Doakan saya supaya kuat dan cepat sembuh,” kata Aishah seperti yang dipetik portal tersebut.
Aishah juga memaklumkan suami dan anak-anaknya disahkan negatif virus berkenaan.
Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-hiburan/demam-dan-oksigen-tak-normal-aishah-positif-covid19-316929
https://www.astroawani.com/berita-hiburan/demam-dan-oksigen-tak-normal-aishah-positif-covid19-316929