Translate

27 September 2021

Penutupan Lorong Dan Laluan Kontra MRR2 Mulai 24 September



Penutupan lorong dan laluan kontra MRR2 mulai Jumaat

BERNAMA
27/9/2021

KUALA LUMPUR, 23 Sept -- Lorong dan laluan kontra di KM 37.2 hingga KM 39 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) akan ditutup selama enam bulan bermula esok hingga 31 Mac 2022.

Timbalan Pengurus Besar Lebuhraya Bertingkmt Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Dr Ir Zarulazam Eusofe berkata penutupan lorong dan laluan kontra di antara persimpangan Persiaran Mewah dengan Pekan Sungai Besi itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan lebuh raya SUKE dijalankan, iaitu melibatkan pembinaan 11 unit tiang, kerja-kerja konkrit dan pemasangan tembok tepi (parapet) yang akan merentasi MRR2.

Menurutnya penutupan itu penting bagi memastikan jarak selamat pengguna lebuh raya dengan tapak pembinaan.

“Ia bagi mengelakkan sebarang kejadian luar jangka kepada pengguna lebuh raya MRR2. Sepanjang tempoh pembinaan berlangsung, kedua-dua lorong pusingan U bawah jejambat berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan tiga lorong Sungai Besi Bound (SBB) akan ditutup untuk lalu lintas.

"Aliran kontra dua lorong akan diaktifkan dari arah Ulu Kelang, manakala trafik menuju Ulu Kelang akan dialihkan menerusi susur keluar di TBS. Bagi fasa kedua pula, yang dijadualkan bermula 1 Dis ini hingga 28 Feb 2022, aliran kontra dua lorong akan bertukar menjadi satu lorong,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pengguna yang menuju ke Ulu Kelang dari Lebuhraya Shah Alam (KESAS) disaran untuk menggunakan laluan alternatif seperti E516, Sri Petaling menuju ke Kuala Lumpur.

Zarulazam berkata SUKE dan pemaju projek MRCB Builders Sdn Bhd akan mematuhi panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan semasa aktiviti pembinaan berlangsung, sepanjang tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara.

“Aktiviti ini dilaksanakan setelah mendapat kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya,” katanya.

Sehubungan itu, Zarulazam menasihati orang ramai untuk merancang perjalanan agar dapat mengelak sebarang kesulitan.

Bagi mendapatkan maklumat terkini atau menghantar maklum balas, orang ramai boleh menghubungi SUKE di talian 1 300 88 9922, e-mel di feedback.suke@prolintas.com.my, Twitter@mySUKEofficial, Facebook PROLINTAS Highways atau layari laman web www.mysuke.com.my.












Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED