Translate

04 September 2021

Latif 'terbang tinggi', sumbang emas ketiga Malaysia dalam acara final lompat jauh (T20) Paralympics Tokyo 2020

 Abdul Latif Romly

Paralimpik Tokyo 2020: Meskipun cedera, Latif terus 'terbang tinggi', sumbang emas ketiga negara
Astro Awani
4/9/2021

KUALA LUMPUR : Jaguh lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly menghadiahkan kilauan emas ketiga buat negara dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Atlet kelahiran Kangar, Perlis ini berjaya memukau dalam acara final lompat jauh (T20) yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo pada jam 6 petang waktu tempatan.

Pemenang pingat emas Rio 2016 itu sekali gus mencatatkan rekod terbaik dengan 7.45 meter (m) pada percubaan kedua.

Latif mempamerkan aksi cemerlang di awal persaingan apabila menduduki ranking pertama dengan rekod 7.26m, diikuti 7.45m (rekod terbaik) dan 7.24m.

Paralimpik Rio 2016: 7 fakta yang anda perlu tahu tentang Latif Romly

Percubaan keempat beliau dibatalkan. Namun ia diteruskan dengan percubaan kelima dengan catatan 5.56m. Latiff bagaimanapun tidak dapat meneruskan lompatan terakhir selepas mengalami kecederaan pada lompatan kelima.

Pingat perak pula dimiliki Atlet dari Greece, Athanasios Prodromou dengan catatan terbaik 7.17m.

 Manakala Nicholas Hum dari Australia memiliki pingat Gangsa dengan catatan 7.12m
Kanta Kokubo dari Jepun pula hampir berada di tangga tiga teratas dengan catatan 7.01m

Untuk rekod, Latif adalah merupakan pemegang rekod dunia dengan lompatan sejauh 7.64m di Sukan Para Asia Jakarta 2018 dan 7.60m untuk rekod Paralimpik.

Terdahulu, atlet badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas kedua buat negara selepas menang pada final badminton perseorangan lelaki kategori SU5 Sukan Paralimpik 
Tokyo 2020 yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi.

Ia sekali gus menyaksikan Liek Hou adalah pemenang emas sulung acara tersebut memandangkan ini adalah kali pertama badminton dipertandingkan di Sukan Paralimpik.

Manakala pingat emas pertama disumbangkan disumbangkan Bonnie Bunyau Gustin dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg).


 










Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED