Translate

05 September 2021

Kadar Kebolehjangkitan menurun ke 0.95!

Perlis catat kadar tertinggi dengan 1.17.


COVID-19: Kadar kebolehjangkitan catat trend menurun, Perlis tertinggi

Astro Awani
5/9/2021

KUALA LUMPUR: Malaysia terus rekodkan trend menurun bagi kadar kebolehjangkitan COVID-19 selama empat hari berturut-turut.

Angka itu mencatatkan 0.95 pada Sabtu, berbanding 0.96 hari sebelumnya.

Bagaimanapun, sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Perlis catat kadar tertinggi dengan 1.17, diikuti Sarawak, Johor, Kelantan, Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah, Kedah dan Pahang.

Sementara itu, Putrajaya, Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan catat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.

Labuan satu-satunya wilayah yang mencatatkan hanya sembilan kes baharu COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-kadar-kebolehjangkitan-catat-trend-menurun-perlis-tertinggi-317951







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED