Harian Metro
1/9/2021
Tindakan dua beradik positif Covid-19 yang ingkar untuk kuarantin diri di rumah mereka di Kampung Melayu, Padang Besar, di sini, membawa padah apabila dikompaun RM8,000 oleh polis.
Malah, tindakan mereka memotong gelang kuarantin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semata-mata untuk keluar rumah bertemu rakan ternyata memburukkan keadaan apabila Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesan terdapat individu positif berpunca daripada dua beradik itu.
Tindakan mementingkan diri dua beradik itu akhirnya sampai ke pengetahuan Penghulu Dewan Undangan Negeri (Dun) Titi Tinggi, Beseri, Mata Ayer dan Chuping, Reswan Ramli yang bertindak memarahi mereka serta mengarahkannya duduk di rumah selepas laporan polis dibuat.
Sumber: Harian Metro YouTube