Translate

05 September 2021

#Covid-19 Malaysia 5/9 : NEW DEATHS- 336 | New Cases- 20,396 | Active - 255,789 |Total - 1,844,835 |

Kenyataan Akhbar KPK 5 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

5 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 5 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 20,573 kes (1,570,827 kes kumulatif, 85.1%);
  • Kes baharu : 20,396 kes (1,844,835 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (6 warganegara; 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 20,388 kes [17,858 warganegara (87.6%);  2,530 bukan warganegara (12.4%)];
  • Kes aktif : 255,789 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,338 kes (959 kes disahkan COVID-19 ; 379 kes suspectedprobable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 735 kes (436 kes disahkan COVID-19 ; 299 kes suspectedprobable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes kematian : 336 kes [18,219 kes kumulatif, 0.99%; 274 warganegara, 62 bukan warganegara; 107 kes BID (67 warganegara; 40 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,891 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 37 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,434 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,457 kluster.

Daripada 20,396 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 13,519 kes (66.3 peratus) adalah terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin atau telah menerima dua (2) dos vaksin tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua; manakala
  • 6,877 kes (33.7 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

Daripada 322 kes kategori 3 hingga kategori 5, sebanyak 240 kes (74.5 peratus) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 82 kes (25.5 peratus) daripada mereka yang telah lengkap di vaksinasi. Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk. Perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi. Justeru, kepada mereka yang belum mengambil vaksin COVID-19, adalah dinasihatkan untuk segerakan pengambilan vaksin bagi melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan dijangkiti COVID-19.

Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1.  

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 September 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

Rajah 2 Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri di Malaysia

LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 20,396 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 5 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR3,8861972,11531,571
SARAWAK3,7474172,3533974
JOHOR2,165535848782
SABAH2,136681,2801787
PULAU PINANG1,961336727898
KEDAH1,587191,038530
KELANTAN1,07847750281
PERAK1,05740554463
TERENGGANU86132647182
WP KUALA LUMPUR597132481335
PAHANG4868333667
MELAKA459166162131
NEGERI SEMBILAN2694312799
 PERLIS7813443
WP PUTRAJAYA25187
WP LABUAN4310
JUMLAH KESELURUHAN20,3962,00011,23887,150

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 5 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Dua Jalan CityTempat KerjaSelangorSepang, Hulu Langat, dan Petaling2596
2Tapak Bina Persiaran Cybersouth 2Tempat KerjaSelangorSepang27823
3Industri Jalan KPK 1/3Tempat KerjaSelangorGombak1928
4Industri Jalan KPK 3/2Tempat KerjaSelangorGombak3687
5Industri Jalan Tengkorak 2Tempat KerjaSelangorKuala Selangor31121
6PLO Jalan PekelilingTempat KerjaJohorJohor Bahru934
7Industri Angkasa Mas SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru1223
8Air Hitam Batu 22Tempat KerjaJohorKulai93259
9Gudang Batu Satu SukuTempat KerjaJohorBatu Pahat1015
10Industri Parit MasjidTempat KerjaJohorMuar6292
11Jalan Pengkalan ChepaTempat KerjaKelantanKota Bharu dan Bachok1423
12Lorong Wakaf Mek ZainabTempat KerjaKelantanKota Bharu815
13Industri Valdor 20Tempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan61118
14Tapak Bina Persiaran Cassia Barat TigaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan195326
15Selendang Empat Dan LimaTempat KerjaPahang Rompin16 73
16Tapak Bina KempadangTempat   KerjaPahangKuantan15192
17Sungai KelamahTempat KerjaNegeri SembilanTampin2591
18Jalan MileniaTempat KerjaNegeri SembilanSeremban25125
19Dah Ladang TekaiTempat KerjaKedahPadang Terap34131
20KoyahTempat KerjaSabahKinabatangan2589
21Jalan Tunku Abdul RahmanTempat KerjaSarawak Sibu 56630
22Kampung JerulongKomunitiKelantanPasir Mas1212
23Kampung Gual Tok DehKomunitiKelantanPasir Mas56
24Kampung Tasek BakongKomunitiKelantanPasir Mas88
25Kampung Pohon BulohKomunitiKelantanPasir Mas818
26Kampung KangkongKomunitiKelantanPasir Mas1010
27Jalan Waja Empat TangkakKomunitiJohorTangkak1314
28Jalan Simpang Empat TangkakKomunitiJohorTangkak1117
29Simpang BakunKomunitiSarawakBintulu42133
30Kampung SikogKomunitiSarawakKuching dan Samarahan6777
31Kampung Dusun Pak SemanKomunitiPahangLipis1167
32Batu LabuanKomunitiWP LabuanLabuan968
33Kampung Ulu GrohKomunitiPerakKampar1352
34Jalan Belimbing Bukit TengahKumpulan Berisiko TinggiPulau PinangSeberang Perai Tengah4466
35Jalan Jambu MawarKumpulan Berisiko TinggiWP Kuala LumpurKepong1319
36Jalan Banjaran DuaKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru3150
37Pagar SebrangPusat TahananSabahKeningau2929

LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 4 SEPTEMBER 2021

NEGERINILAI RT
 PERLIS1.17
SARAWAK1.13
JOHOR1.10
TERENGGANU1.05
PERAK1.05
KELANTAN1.05
PULAU PINANG1.04
SABAH1.02
KEDAH0.99
PAHANG0.97
WP PUTRAJAYA0.93
SELANGOR0.87
MELAKA0.84
NEGERI SEMBILAN0.81
WP KUALA LUMPUR0.81
WP LABUAN0
MALAYSIA0.95

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED