Translate

01 September 2021

#Covid-19 Malaysia 1/9 : 278 New Deaths | New Cases- 18,762 | Active- 265,274 |Total - 1,765,016 |

Kenyataan Akhbar YBMK 1 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

1 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 21,073 kes (1,482,800 kes kumulatif, 84.0%);
  • Kes baharu : 18,762 kes (1,765,016 kes kumulatif);
    • Kategori 3, 4, dan 5 : 330 kes (1.8 peratus)
    • Kategori 1 dan 2: 18,432 kes (98.2 peratus)
    • Jumlah kes tiada sejarah vaksinasi: 8,640 kes (46.0 peratus)
    • Jumlah kes telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin: 4,706 kes (25.1 peratus)
    • Jumlah kes lengkap vaksinasi: 5,416 kes (28.9 peratus)
  • Kes import : 5 kes (3warganegara; 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 18,757 kes [16,532 warganegara (88.1%);  2,225 bukan warganegara (11.9%)];
  • Kes aktif : 265,274 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,007 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 464 kes;
  • Kes kematian : 278 kes [16,942 kes kumulatif, 0.96%;
  • 65 kes BID];
  • Jumlah kluster : 4,773 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 42 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,279 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,494 kluster.
Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

HALATUJU MENDEPANI PANDEMIK COVID-19 DI NEGARA MELALUI KONSEP “LIVING WITH THE VIRUS”

Kita harus menerima hakikat bahawa sekalipun kita berjaya mengawal pandemik ini, kita juga perlu bersedia untuk menerima kenyataan bahawa akan tiba masanya nanti COVID-19 menjadi endemik dan oleh itu, kita mesti mengambil langkah-langkah untuk hidup bersama virus ini.

Dengan adanya vaksinasi, usaha untuk melakukan perubahan kepada tingkah laku (behavioural change) dan usaha mengamalkan SOP yang berterusan, maka kita boleh mula memasuki fasa baharu hidup bersama virus COVID-19. Langkah ini akan membolehkan pelbagai sektor di dalam negara dibuka dan kehidupan kita dapat kembali berfungsi seperti sedia kala dalam norma baharu.

Sebagai persediaan untuk hidup bersama COVID-19, tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh seluruh masyarakat;

Mereka yang mengalami gejala-gejala ini dinasihatkan agar menghubungi CAC dengan kadar segera atau talian 999 untuk kecemasan;

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

YB KHAIRY JAMALUDDIN

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

1 September 2021 @ 5:00 petang.

LAMPIRAN 1


 LAMPIRAN 2

Perincian 18,762 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR3,711952,10511,510
SABAH2,4301561,362 –912
SARAWAK2,4142341,761 –419
JOHOR1,993437928 –628
PULAU PINANG1,762118554 –1,090
KEDAH1,585271,097 –461
KELANTAN1,504114928 –462
PERAK89957377 –465
PAHANG715193409 –113
WP KUALA LUMPUR5732783292
TERENGGANU506114315 –77
MELAKA30987139 –83
NEGERI SEMBILAN29175921123
WP PUTRAJAYA3428 –6
 PERLIS3318 –24
WP LABUAN32 –1
JUMLAH KESELURUHAN18,7621,70810,38356,666

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 1 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Tapak Bina CenderasariTempat KerjaJohorJohor Bahru dan Kulai87393
2Jalan Solok TangkakTempat KerjaJohorTangkak37206
3Ladang Kulai BesarTempat KerjaJohorKulai3263
4Jalan Indah Gemilang EmpatTempat KerjaJohorJohor Bahru2253
5Tanjung SembrongTempat KerjaJohorBatu Pahat16196
6Batu Dua Minyak BekuTempat KerjaJohorBatu Pahat1444
7Industri PLO 17Tempat KerjaJohorKulai13125
8Gudang Jalan Ayer HitamTempat KerjaJohorBatu Pahat1125
9Jalan Industri Murni 11Tempat KerjaJohorKulai9188
10Jalan Teluk RamuniaTempat KerjaJohorKota Tinggi686
11Industri Lorong Jelatok DalamTempat KerjaKelantanTanah Merah dan Pasir Mas1414
12Batu Dua BelasTempat KerjaNegeri SembilanPort Dickson64186
13Tapak Bina Keladan BaiduriTempat KerjaPahangTemerloh46106
14Seberang ChangkatTempat KerjaPerakPerak Tengah1446
15Tapak Bina Jalan KelawaiTempat KerjaPulau PinangTimur Laut44248
16Industri Medan Bayan LepasTempat KerjaPulau PinangBarat Daya dan Timur Laut3288
17Lengkok Kampung Jawa SatuTempat KerjaPulau PinangBarat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Utara21160
18Jalan Garuda Bayan LepasTempat KerjaPulau PinangBarat Daya2099
19Sawit Kinabatangan 2Tempat KerjaSabahKinabatangan124343
20Sebayang – StalunTempat KerjaSarawakLimbang1621
21Tapak Bina Bukit Perah SatuTempat KerjaSelangorKuala Langat2560
22Tapak Bina Jalan HillparkTempat KerjaSelangorKuala Selangor629
23Dah PayaKomunitiKedahPadang Terap2047
24Perumahan TransitKomunitiKelantanKota Bharu1728
25Lorong TiniKomunitiKelantanKota Bharu1624
26Kampung KesengKomunitiKelantanKota Bharu1533
27Kubang Bongor HilirKomunitiKelantanKota Bharu1420
28Jalan Pantai SabakKomunitiKelantanKota Bharu dan Tumpat914
29Kampung Banggol Gelang MasKomunitiKelantanPasir Mas811
30Kampung Sungai BatuKomunitiKelantanPasir Mas711
31Jalan Pangkal KalaKomunitiKelantanPasir Mas55
32Jalan Bayu LalangKomunitiKelantanPasir Mas57
33Kampung MampasKomunitiNegeri SembilanKuala Pilah2480
34Kampung TerbolKomunitiPahangTemerloh3560
35Menuang BaruKomunitiSarawakLimbang70174
36Bukit ManchongKomunitiSelangorHulu Selangor dan Gombak1935
37Jalan Air TerjunKomunitiSelangorHulu Selangor730
38Kampung Alor LekKomunitiTerengganuSetiu87338
39Selasih JertehKomunitiTerengganuBesut dan Setiu73555
40Pagar Jalan TengahPusat TahananPulau PinangBarat Daya884
41Jalan Jelawat BekelamPendidikan LainKelantanBachok1625
42Kampung Batu PapanKeagamaanPahangBera40136


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 31 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.20
 PERLIS1.19
SABAH1.11
JOHOR1.10
PULAU PINANG1.10
KELANTAN1.05
PERAK1.05
KEDAH1.04
TERENGGANU1.04
PAHANG1.02
SELANGOR0.94
MELAKA0.91
WP PUTRAJAYA0.87
WP KUALA LUMPUR0.83
NEGERI SEMBILAN0.82
WP LABUAN0
MALAYSIA1.02

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED