Translate

12 September 2021

#Covid-19 Malaysia 12/9 : New Cases- 19,198 | Total- 1,979,698 |

Kenyataan Akhbar KPK 12 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia 

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

12 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 20,980 kes (1,721,713 kes kumulatif, 87.0%);
  • Kes baharu : 19,198 kes (1,979,698 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (2 warganegara; 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,193 kes [17,428 warganegara (90.8%);  1,765 bukan warganegara (9.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,298 kes (960 kes disahkan COVID-19 ;   338 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 744 kes ( 444  kes disahkan COVID-19 ; 300 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,121 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 34 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,681 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,440 kluster.

Daripada 19,198 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 253 kes (1.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 18,945 kes (98.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian, kes aktif, dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

12 September 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 12 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK3,690125.255,291 (1)156,798
SELANGOR2,62738.552,347 (3)641,633
JOHOR2,10652.942,110164,221
SABAH2,01949.101,717173,863
PULAU PINANG1,876102.731,309108,262
KEDAH1,49064.821,256117,927
KELANTAN1,33766.921,435 (1)93,734
PERAK1,22969.311,11882,655
TERENGGANU81962.1093042,801
PAHANG67025.4558451,627
WP KUALA LUMPUR49325.62376180,068
MELAKA38939.9934053,243
NEGERI SEMBILAN22919.5428394,467
PERLIS6524.25672,791
WP PUTRAJAYA2626.66325,732
WP LABUAN65.4739,876
MALAYSIA19,07155.7019,198 (5)1,979,698

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 19,198 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 12 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK5,2913893,89611,005
SELANGOR2,347721,3933879
JOHOR2,1103751,023– 712
SABAH1,71767977 –673
KELANTAN1,435979341403
PULAU PINANG1,30980387 –842
KEDAH1,2563786 –467
PERAK1,118190449 –479
TERENGGANU93014767 –149
PAHANG584201272 –111
WP KUALA LUMPUR3762165 –209
MELAKA34061170 –109
NEGERI SEMBILAN28331136 –116
 PERLIS6730 –37
WP PUTRAJAYA32120 –11
WP LABUAN31 –2
JUMLAH KESELURUHAN19,1981,58311,40656,204

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 12 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Jalan Sawmill Gemas BaruTempat KerjaJohorSegamat79375
2Tapak Bina DPB TigaTempat KerjaJohorJohor Bahru69154
3Industri Tanjung SelabuTempat KerjaJohorMuar3745
4Jalan MIEL SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru30100
5Jalan Platinum SatuTempat KerjaJohorJohor Bahru2663
6Industri Sri Plentong EmpatTempat KerjaJohorJohor Bahru2598
7Batu Dua Jalan MuarTempat KerjaJohorBatu Pahat2385
8Mukim Empat Parit SulongTempat KerjaJohorBatu Pahat2234
9Batu Tujuh BakriTempat KerjaJohorMuar1928
10Industri Jalan Perdana DuaTempat KerjaJohorBatu Pahat932
11Jalan Keting GunongTempat KerjaKelantanBachok dan Pasir Puteh1325
12Pulai Jaya Sembilan 2Tempat KerjaPerakKinta1232,858
13Jalan Klebang 1/1Tempat KerjaPerakKinta231,387
14Tapak Bina Persiaran Cassia Selatan EnamTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan70370
15Tapak Bina Jalan Tun Hamdan Sheikh TahirTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara57176
16Sawit SerianTempat KerjaSarawakSerian, Tebedu dan Kuching4552
17Putra Dua 2Tempat KerjaWP PutrajayaPutrajaya914
18Jalan Tali Air Padang TembakKomunitiKelantanKota Bharu2633
19Kampung KenakKomunitiKelantanPasir Mas dan Tumpat1416
20Kampung Kedai Baru BangguKomunitiKelantanKota Bharu1419
21Kampung Bunut PayongKomunitiKelantanKota Bharu1321
22Kampung Baru Hujung RepekKomunitiKelantanBachok dan Kota Bharu1320
23Kampung Sireh Bawah LembahKomunitiKelantanKota Bharu1017
24Jalan Depan Masjid Bechah SemakKomunitiKelantanPasir Mas910
25Lorong Masjid Tal TujohKomunitiKelantanPasir Mas88
26Kampung Pusu SirehKomunitiKelantanPasir Mas55
27Nanga Lasi MitKomunitiSarawakJulau84224
28BijongonKomunitiSarawakBau3253
29Wawasan Bernam MelintangKomunitiPerakHilir Perak dan Bagan Datuk3863
30Dah Kampung RimauKomunitiKedahPendang3677
31Taman Dato AjibKomunitiJohorMersing33117
32Jalan GenuangKumpulan Berisiko TinggiJohorSegamat2256
33Jalan Pasar LamaKumpulan Berisiko TinggiKelantanPasir Mas612
34Kampung KolekKeagamaanPahangKuantan40173


LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 11 SEPTEMBER 2021

NEGERINILAI RT
SARAWAK1.15
TERENGGANU1.09
JOHOR1.05
PERAK1.05
PAHANG1.04
PULAU PINANG1.03
 PERLIS1.02
KELANTAN1.02
MELAKA0.97
KEDAH0.94
SABAH0.93
WP PUTRAJAYA0.92
NEGERI SEMBILAN0.82
SELANGOR0.81
WP KUALA LUMPUR0.79
WP LABUAN0
MALAYSIA0.99

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED