Translate

12 August 2021

The police have started investigations into allegations on the sale of fake digital COVID-19 vaccination certificates as claimed by a Facebook user.




Cops probing claims on sale of fake digital vaccination certificates
Bernama
Ogos 11, 2021 23:36 MYT

Abd Jalil said the police received a report regarding the matter after an article was uploaded by the Facebook user stating that the fake certificate is already on sale online. - BERNAMA filepic

KUALA LUMPUR: The police have started investigations into allegations on the sale of fake digital COVID-19 vaccination certificates as claimed by a Facebook user.

Bukit Aman Criminal Investigation Department director Datuk Seri Abd Jalil Hassan said the police received a report regarding the matter after an article was uploaded by the Facebook user stating that the fake certificate is already on sale online.

"Investigations are currently being conducted under Section 22 (d) of the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 and Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1988," he said in a statement tonight.

Abd Jalil reminded the public not to get involved in falsifying and selling digital vaccine certificates.

He also urged those with information about the incident to contact the nearest police stations.
-- BERNAMA



KKM kesan sijil vaksinasi dijual dalam talian - Dr Noor Azmi

Bernama
Ogos 11, 2021 

Dr Noor Azmi berkata individu dari luar negara yang pulang ke Malaysia perlu mendaftar aplikasi MySejahtera bagi membolehkan mereka sentiasa mengemaskini tahap kesihatan. - BERNAMA

GOPENG: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti satu kes penjualan sijil vaksinasi dalam bentuk kad fizikal secara dalam talian di utara tanah air.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata tindakan akan diambil Unit Inspektorat dan Perundangan KKM ke atas pihak yang terlibat selain laporan polis telah dilakukan bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan.


"Kita tidak membenarkan penjualan (sijil vaksinasi) ini kerana ia adalah satu penipuan sebab akan ada individu melakukan penipuan mengatakan dia sudah menerima dua dos vaksin COVID-19.


"KKM tidak ada mengeluarkan atau membuat perolehan kepada mana-mana pihak untuk mengeluarkan kad vaksinasi kerana sekiranya mahu dine-in (makan di premis) atau merentas daerah, mereka perlu menunjukkan sijil digital di aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi yang dikeluarkan oleh KKM," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam di Kompleks Jabatan Kemajuan Masyarakat di sini hari ini.

Semalam, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah Datuk Dr Mohd Rushdan Mohd Noor dalam hantaran yang dimuat naik melalui laman Facebook beliau mendedahkan sijil vaksinasi COVID-19 dalam bentuk kad fizikal sudah dijual secara dalam talian.

Beliau turut menyiarkan tangkap layar penjualan kad fizikal dalam talian yang tertera sijil digital vaksinasi COVID-19 yang dicetak dan dijual pada harga RM15.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Azmi berkata individu dari luar negara yang pulang ke Malaysia perlu mendaftar aplikasi MySejahtera bagi membolehkan mereka sentiasa mengemaskini tahap kesihatan.

"Apabila pulang dari luar negara, di pintu masuk lapangan terbang pihak KKM akan mengambil segala maklumat mengenai tahap kesihatan dan akan dimasukkan ke dalam MySejahtera," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemudahan bagi individu yang menerima vaksinasi lengkap iaitu pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia termasuk Penduduk Tetap dan Malaysia MY Second Home yang pulang atau tiba dari luar negara dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED