Translate

10 August 2021

Pejuang, Warisan Sahkan Hantar Surat Akuan Tolak Muhyiddin (Video)

Pejuang dan Warisan turut mengesahkan parti itu telah menghantar surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menolak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR


Pejuang, Warisan sahkan hantar surat akuan tolak Muhyiddin

Astro Awani
10/8/2021

KUALA LUMPUR: Sehari selepas UMNO menyatakan parti itu telah menghantar surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menolak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, giliran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) pula mengesahkan perkara sama.

Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin pada Selasa memaklumkan, semua Ahli Parlimen parti itu telah menghantar surat akuan tersebut kepada Seri Paduka Baginda pada petang semalam (Isnin).

“Pejuang pun hantar (surat akuan) juga tapi hantar berasingan. Ia adalah surat akuan yang mengatakan kami tidak sokong Muhyiddin,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Wira Warisan yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman turut mengesahkan parti tersebut turut menghantar surat berkenaan.

“Warisan juga mengesahkan perkara ini, sudah ditandatangani (surat) dan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin yang mengulas mengenai laporan berita mengenai isu tersebut.

Pada Isnin, media melaporkan Ahli Parlimen pembangkang mengutus surat akuan kepada Al-Sultan Abdullah bagi menolak kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

UMNO pada Isnin turut mengesahkan dua warkah telah diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah masing-masing bertarikh 30 Julai dan 4 Ogos lalu.

Menerusi laporan portal UMNO Online, kedua-dua warkah tersebut ditandatangani Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



[TERKINI] Warkah Agong | UMNO sahkan lampir 14 nama ahli Parlimen

Memetik surat bertarikh 30 Julai, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memaklumkan warkah tersebut diutuskan kepada Al-Sultan Abdullah bertujuan mempersembahkan Surat Akuan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang membuat perakuan menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelas Ahmad Zahid lagi, pendirian itu seiring dengan keputusan UMNO yang diputuskan melalui resolusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 7 Julai lalu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED