Translate

10 August 2021

Bomoh mendakwa dipukul sekumpulan lelaki berkaitan isu 'Sihir 7 Keturunan' dan santau yang kini tular di media sosial. (5 Video)

 

Polis siasat bomoh didakwa dipukul sekumpulan lelaki

Bernama
Polis siasat bomoh didakwa dipukul sekumpulan lelaki
Shafien berkata kes berpunca daripada perselisihan faham antara sekumpulan lelaki dengan mangsa iaitu seorang pengamal ilmu perubatan tradisional. - BERNAMA
TUMPAT: Polis Kelantan mengesahkan menerima satu laporan melibatkan seorang bomoh berusia 39 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan lelaki berkaitan isu 'Sihir 7 Keturunan' dan santau yang kini tular di media sosial.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata kes berpunca daripada perselisihan faham antara sekumpulan lelaki dengan mangsa iaitu seorang pengamal ilmu perubatan tradisional yang berasal dari Kangar, Perlis dan datang ke Kelantan bagi membincangkan urusan rawatan tradisional.
"Berdasarkan laporan, kejadian pukul berlaku pada 4 Ogos lalu apabila pengadu (mangsa) telah pergi ke sebuah rumah inap desa di Kubang Kerian untuk berjumpa dengan empat lelaki.
Semasa berada di rumah tersebut kira-kira pukul 9.45 malam mangsa telah dipukul oleh kumpulan lelaki itu dengan menggunakan batang plastik dan penyangkut baju kerana tidak berpuas hati dengan cara mangsa menjalankan pengubatan yang didakwa salah," katanya ketika ditemui di Program Outreach Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mandol, di sini hari ini.
Shafien berkata mangsa hanya mengalami cedera ringan iaitu lebam di mata kiri dan calar di muka namun mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu kerana menghidap penyakit lain.
"Susulan kejadian itu dan laporan yang diterima pada 6 Ogos (Jumaat) oleh mangsa, polis telah menahan enam lelaki berumur 32 hingga 42 tahun yang datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu," katanya.
Shafien berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.
-- BERNAMA


Tok Singa Kata Ustaz Dan Kak Gee Sihir Orang Dulu

AKHIRNYA USTAZ TERLIBAT DISERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS


LIVE RAWATAN SIHIR ANAK KAK GEE | Gabungan Mantap Tok Singa, Tok Hijau, Wea Selamos









Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 2 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Angka korban meningkat kepada' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Top Gun" and "Batman" star Val Kilmer dies | BEST' 6 hrs 27 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Traders Hotel Kuala Lumpur Serves One of the Best ' 7 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Top Gun" and "Batman" star Val Kilmer dies | BEST' 8 hrs 29 mins ago
A visitor from Volgograd viewed 'Tukang Masak Mengaku Tidak Bersalah Rogol Jiran Be' 8 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 11 hrs 12 mins ago
A visitor from Perth viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 11 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 11 hrs 48 mins ago