- Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator): 125 kes, 0.7% (94.4% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 4 (perlu bantuan oksigen): 57 kes, 0.3% (73.7% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 3 (radang paru-paru): 190 kes, 1.1% (57.9% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 2 (gejala ringan): 8,223 kes, 47.7% (61.8% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 1 (tiada gejala): 8,641kes, 50.2% (84.8% tiada sejarah vaksinasi)
Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa: 2.1% kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 dan 97.9% kes pada kategori 1 dan 2. Didapati 73.57% kes yang baharu didiagnosa COVID-19 tidak mempunyai sejarah vaksinasi. Oleh itu, segeralah dapatkan vaksinasi agar anda & keluarga terlindung daripada bahaya jangkitan COVID-19